Monday, April 23, 2012

Paypal


Post saya kali ini khas untuk menunjukkan kaedah mendaftar akaun paypal dalam masa 5 minit sahaja.
Bagi seorang ahli perniagaan masa adalah sangat penting, jadi saya telah ringkaskan tutorial ini untuk membantu anda mengejar masa.
Bagi yang terlibat dalam perniagaan internet atau yang kerap berurusan duit secara online, paypal merupakan salah satu pilihan terbaik dan selamat. Selain itu, kelebihan pada paypal ini adalah pendaftaran adalah percuma.  Paypal hanya akan kenakan sedikit bayaran sewaktu anda menerima bayaran kelak. Paypal juga merupakan laman web yang menguruskan duit anda secara selamat kerana dilengkapi dengan sistem yang terjamin selain anda tidak perlu dedahkan maklumat peribadi seperti kad kredit semasa membeli belah di internet.
Baiklah sebelum anda mendaftar anda perlulah terlebih dahulu memiliki kriteria di bawah:
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau ke atas
  • Memiliki kad kredit/debit ataupun akaun bank
  • Memiliki emel
Sekiranya anda melepasi kriteria diatas maka anda layaklah untuk membuka akaun paypal. Untuk memulakan pendaftaran pergi ke laman web paypal. Anda boleh gunakan pautan dibawah untuk membantu anda.
Seterusnya anda akan tiba pada laman web seperti gambar di bawah:
tutorial paypal 1
Tekan button “Sign Up Today!” untuk mulakan proses pendaftaran.
Seterusnya anda akan tiba pada laman web untuk anda memilih jenis akaun yang anda ingin buka iaitu personal, premier, dan business. Di sini anda perlu buat keputusan untuk apa anda buka akaun paypal sekiranya hanya untuk membeli belah secara online maka eloklah memilih personal. Sekiranya ingin melakukan perniagaan secara perseorangan pilihlah premierBusiness pula untuk perniagaan besar yang melibatkan syarikat. Dalam tutorial ini saya akan buka akaun jenis premier.
tutorial paypal 2
Setelah membuat pilihan yang anda mahukan tekan pada button “Get Started“.
Anda akan tiba pada satu borang yang wajib di isi. Lengkapkan borang itu dengan maklumat anda.
tutorial paypal 3
Pada borang ini, pastikan nama anda adalah sama dengan nama pada mana-mana akaun bank anda. Setelah semua maklumat lengkap di isi. Tekan buttonAgree and create Account“.
Dengan itu, akaun adalah telah berjaya di buka tetapi masih ada langkah terakhir yang perlu anda lakukan iaitu sahkan emel anda. Caranya mudah sahaja login emel anda dan buka emel dari paypal. Cari pautan dalam emel tersebut dan klik pada pautan untuk pengesahan emel. dan….
Akaun paypal anda telah pun dibuka dan sedia untuk digunakan.
tutorial paypal 4
Anda sudah boleh melakukan penghantaran wang dan menerima wang. Walaubagaimanapun bagi yang memiliki kad kredit anda boleh sahkan kad kredit anda kerana kad kredit yang tidak disahkan mempunyai beberapa limitation iaitu:
  • Maksimum penghantaran wang adalah 1,575.00
  • Maksimum pengeluaran wang adalah RM 2000.00 sebulan
Baiklah sekiranya anda telah selesai berurusan dengan akaun paypal anda terus keluar melalui pautan “log out” pada bahagian atas web. Untuk login semula hanya perlu pergi semula pada log in page melalui pautan ini .
tutorial paypal 5
Masukkan emel dan kata laluan anda untuk masuk semula ke akaun anda.

http://www.tradefort.me/images/tradefort_rebet.png

Rebet 60% adalah program perkongsian komisen affiliate bagi setiap akaun TradeFort yang didaftarkan di TradeFort.me. Rebet yang diberikan tertakluk kepada terma dan syarat trading pihak broker untuk melayakkan pihak kami mendapat komisen trading anda.

Semakin besar lot yang anda buka, semakin besar komisen yang kami dapat, bermakna semakin banyak rebet 60% yang kami berikan kepada anda.

Bagaimana Pembahagian Rebet Dikira?

Setiap trade yang anda lakukan tidak kira ditutup untung atau rugi, pihak TradeFort.me akan menerima komisen sebanyak 65% dari jumlah spread.

60% dari jumlah komisen akan dipulangkan kepada anda sebagai penghargaan bersama kami.

Cth:

Anda membuka akaun Fort dan membeli 1 lot pair GBPUSD. Kemudian anda, menutup order tersebut samada dalam keadaan untung atau rugi.

Kami akan mendapat komisen 65% dari spread hasil trading anda

3 Pips spread x USD10 nilai lot x 65% komisen = USD 19.5
50% x USD 19.5 = USD 11.7 (akan dipulangkan kepada anda sebagai rebet tunai)

Lumayan bukan!! Anda bukan sahaja mendapat keuntungan hasil trading anda, malah anda turut mendapat duit kopi dari kami berupa rebet tunai.

Bagaimana dan bila rebet akan dibayar?

Kami akan menghubungi anda menerusi email pada awal setiap bulan. Anda juga boleh menyemak rebet anda melalui TradeFort.me
Bayaran akan dijelaskan setiap awal bulan berikutnya ke akaun bank anda.

Contoh: Rebet untuk transaksi sepanjang bulan Januari akan dibayar pada bulan Februari.

Jadual pembayaran adalah seperti berikut:

1-3hb : Proses penggiraan rebet dilakukan oleh kami
3hb : email dihantar kepada semua yang register bersama kami atau log masuk ke TradeFort.me
4hb : proses bayaran bermula


Permohonan Rebet 60% TradeFort.me

Permohonan rebet ini hanya sah untuk akaun TradeFort yang didaftarkan di TradeFort.me sahaja. Anda boleh membuka akaun baru sekiranya sudah mempunyai akaun forex untuk mendapat rebet.

Bagaimana untuk menyertai Rebet 60% TradeFort.me?

Langkah 1 : Buka Akaun Disini. Anda juga boleh membaca Panduan Buka Akaun sebelum mendaftar akaun TradeFort.

Langkah 2 : Maklumkan kepada kami dengan menghantar SMS dengan format berikut.

DAFTAR REBET ke 012 977 0050

Contoh : DAFTAR REBET 12345 ALI BIN ABU 12345678912 , MAYBANK

Anda akan menerima SMS pengesahan dari kami.

Mudah saja bukan?

Terma & Syarat :

Nama akaun bank hendaklah sama dengan nama di dalam trading akaun
Rebet 60% dikira setelah anda mendaftar REBET dengan memaklumkan kepada kami sama ada melalui SMS, form, YM, Skype , Facebook atau sebarang medium komunikasi. (Contoh anda buka akaun pada 1.3.2012 dan mendaftar REBET pada 10.3.2012 , rebet anda akan dikira bermula 10.3.2012.)
Kami tidak bertanggungjawab jika anda menuntut rebet tanpa memberi pengesahan pendaftaran kepada kami (TradeFort.me)

Tuesday, January 17, 2012

auto..manual

Gear Manual

1) Selalu lelaki suka gear manual ni.Sesuai untuk sesiapa yang minat untuk speeding kalau korang jenis yang mencari keseronokan dan cabaran, ambil manual car. Korang boleh try test cuba keupayaan kaki dan tangan korang.

2) Yang manual ni biasa la kena guna clutch untuk menukar gear... jadi banyak sikit pergerakan guna pastu kena seimbangkan minyak, jadi kalu yang tak pandai tu...ada kemungkinan mampus tengah jalan la kalu yang tak pandai rasa tu, Manual memerlukan masa untuk orang yang baru mula-mula hendak belajar memandu. kekadang kita memasukkan gear pada kelajuan yang tidak sesuai ini boleh menyebabkan kerete mudah rosak. Kalau tak pandai balance clutch dan minyak. Banyak kali jugak enjin mati. Lebih-lebih lagi bila naik bukit. Lagi satu kalau tak cekap nak main gear 1.. tiap trafik light je mesti kerete mati enjin..

3) kaki nih kawal 3 pedal (minyak, clutch dan brake ) kaki kiri dan kanan sentiasa bekerja perlu cekap mengendalikan cluth,brake dan minyak(lengguh kaki bagi yang belum mahir)

4) kebaikan dia plak...kalu bawak dalam bandar dia kurang guna minyak nak dibandingkan ngan auto .. Cuma pendapat aku yang dikatakan boros atau tidak minyak bergantung kepada cara pemanduan. jika anda pandu dengan laju maksud nya anda juga menggunakan minyak dengan laju. save minyak (walaupun hanya beza beberapa mililiter! minyak da mahal, kena save walau setitik)

5) kereta jenis manual ni pickup...

6) kalau bawa kerete untuk perjalanan jauh atau banyak guna lebuhraya, rasanya manual lebih ummph..

7) Dari segi keselamatan, Bila berlaku sesuatu emergency brake, gear manual boleh dikawal tapi kalo auto, susah sebab kawalan bukan pada pemandu.
sebagai contoh jika meredah air gunakan gear rendah bagi kenderaan ringan seperti Atoz mahupun wira boleh mengakibatkan hilang kawalan dan terbabas.

8) Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda.

9) Bila bateri kereta kong atau lemah Kereta boleh tolak beramai-ramai tekan clucth pastu masuk gear satu lepas clucth kereta boleh dihidupkan

10) Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. Ini boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu

11) Penukar gear 1 ke 2, 2 ke 3, dan seterusnya.. Apa yang saya buat selama ni ialah:- Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut.
Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga terasa badan kereta
bergegar hendak bergerak,tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan dan stereng
anda.Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km,tukarlah kepada gear 2
dan meter mencecah ke 30km - 35km,tukar ke gear 3,meter mencecah ke 4okm
tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.

12) Apabila memotong kenderaan ,menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 tetapi perlu di ingat apabila kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan.

13) Cara hendak mengelakkan dari engin mati setelah gear dimasukkan.

- Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telah stabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan dengan perlahan.

- Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun
dibawah 30km,tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek.
Untuk mengelakkan anda kelamkabut kerana anda kurang mahir.

- Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan pedal brek.
Sebelum mengangkat kedua-dua kaki,anda wajib bebaskan gear dulu dan tarik brek tangan
atau tarik brek tangan dan bebaskan gear.

_______________________________

Gear auto

1) Lebih sesuai untuk perempuan atau bergantung kepada minat gak. sebab senang nak handle. Tak kelam kabut, lebih santai. Simple, rileks, dan memudahkan. Nak parking senang, nak reverse senang.- ramai perempuan teragak-agak dan lambat untuk tukar gear dan tekan minyak, terutama bila nak masuk simpang atau keluar simpang yang sibuk .

2) Gear auto ni senang skit nak bawa. kepada yang tak pro tu elok guna auto jer la tak banyak pergerakan kaki, lepas masuk gear terus tekan minyak ngan kawal stereng jer. gear akan di tukar secara automatik bergantung kepada kelajuan kereta, jadi gear tak mudah rosak..

3) kaki nih kawal 2 pedal (minyak dan brake) kaki kanan banyak memainkan peranan untuk menekan pedal minyak dan brake

4) penukaran gear secara automatik membabitkan pengunaan minyak agak boros.. untuk pengguna kereta auto, anda dinasihatkan untuk melepaskan minyak seketika bila dah terasa gear dh ditukar...ini untuk menjimatkan penggunaan minyak.

5) kereta auto memang kurang pickup sbb nak ambik masa untuk tukar gear secara auto...

6) sesuai digunakan di kawasan bandar yang selalu jammed atau jalan yang sesak dengan kereta seperti di KL. - memudahkan pemanduan, hanya perlu kawal minyak, sistem brake dan stering sahaja sudah memadai

7) Sistem brake kereta auto agak 'menerkam'...jadi kene brake dengan berhati-hati... seperti berada di atas kuda yang berhenti secara mengejut.Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali
ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8) Kereta tidak boleh tolak untuk hidupkan (bila bateri lemah) anda tidak boleh hidupkan enjin dengan cara push start. maka auto kena jaga bateri kereta.maka nak tak nak kena telipon kawan .. mintak tolong jumper bateri kereta korang baru boleh start kereta.

9)Auto-kos penyelengaraan tinggi sedikit berbanding dengan Manual,terutamanya jika berlaku kerosakan pada gear box.Tetapi auto amat mudah untuk dijaga dan diselenggara

10)Auto-tidak sesuai dipasang dengan ekzos racing yang berbunyi bising,berbanding Manual apa-apa ekzos pun boleh.

11) Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.. Kalau nak di banding gear manual ... Servis minyak tranmission lebih kerap kali jika menggunakan gear auto.. kos pun bertambah jugak kan..

12) Lagi satu, dah biasa bawak auto, tak boleh bawak manual. macam member aku, tak dapat la nak pinjam keta member opis nak gi lunch sebab kat sini ramai guna keta manual. bayangkan kalo keta kiter rosak ker, nak pinjam keta member atau member tetiba takleh drive, camne nak pandukan keta manual tuh?

13) Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah
(bergantung pada jenis kereta).

Saturday, January 14, 2012

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia

Kelayakan Memohon 1Malaysia Skim Amanah Rakyat (SARA 1Malaysia)

Rakyat Malaysia yang berumur antara 18 dan 58 tahun
Pendapatan isi rumah kasar antara RM500 dan RM3, 000
Pemohon tidak perlu diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
Apa-apa terma lain yang ditetapkan oleh bank
Pemohon dan / atau pasangan tidak perlu menjadi peserta atau waris mana-mana program yang berkaitan dengan ASNB Kerajaan:
Program Pembangunan Rakyat Termiskin;
ASB Mei;
ASW2020-Bandar
Pemohon dan / atau pasangan yang tidak mempunyai apa-apa pelaburan dalam unit amanah ASNB produk ATAU pemohon dan / atau pasangan (s) (isi rumah) mempunyai pelaburan gabungan agregat kurang daripada RM10, 000 dalam semua produk ASNB
All-jelas status bagi akaun unit amanah ASNB
Permohonan adalah tertakluk kepada pengedaran Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) IAS ditetapkan dan ketersediaan:
Bumiputera - 50%;
China - 30%;
India - 15%;
Lain-lain - 5%
Hanya satu anggota keluarga yang layak untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman
Permohonan ini diluluskan untuk pinjaman pada satu-satu bank

* Isi Rumah Layak - individu yang mempunyai pendapatan isi rumah kasar bulanan antara RM500 dan RM3, 000 dengan: -

Berkahwin - gabungan pendapatan kasar suami dan isteri tidak melebihi RM3, 000.
Ibu-ibu tunggal atau bapa-bapa - pendapatan individu kasar tidak melebihi RM3, 000.

Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Pemohon yang berminat perlu mendapatkan borang daripada menyertai bank-bank yang bermula dari 30 Januari 2012. Borang yang lengkap bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada bank-bank untuk pengesahan dan pertimbangan. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh bank-bank.
Dokumen yang diperlukan Memohon 1Malaysia Skim Amanah Rakyat (SARA 1Malaysia)

Dokumen Utama

Borang permohonan untuk mengambil bahagian dalam Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
Borang Pinjaman dari institusi kewangan yang menyertai
Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
Pelaburan Borang Tambahan ASNB 21
Borang Penebusan ASNB 31
Pembaharuan Buku Pelaburan Borang BS3
Penyata Pendedahan Risiko (RDS)

Dokumen Sokongan

Asal dan 2 salinan MyKad pemohon
Salinan asal dan 1 MyKad bagi isteri (jika berkenaan)
Certified Pendapatan dokumen
Bagi pemohon dan / atau pasangan suami isteri, sila berikan asal dan salinan Slip Gaji tiga bulan terkini 'atau Penyata Bank.
Bagi pemohon yang tidak mempunyai Bayar Penyata Slip atau Bank, pengisytiharan pendapatan yang dinyatakan dalam Bahagian C BPPSARA1M akan terpakai.

BPPSARA1M dari MESTI ditandatangani sebelum SAKSI - sama ada majikan / Penghulu / Rasmi di Jabatan Pembangunan Orang Rasmi / Kerajaan Asli di Jawatan Pengurusan / Ahli Undangan Negeri Dewan / Ahli Parlimen.

Ciri-ciri pinjaman untuk Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Jumlah pinjaman RM5, 000 per isi rumah.
Pinjaman tersebut adalah untuk pembelian 5000 Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) unit I.
Penyertaan akan dibuka untuk satu tahun bermula dari 30 Januari 2012 * atau apabila langganan penuh daripada jumlah peruntukan, yang mana lebih awal.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:

Peserta terlambat tiga ansuran bulanan berturut-turut;
Peserta memberikan maklumat yang palsu semasa permohonan;
Peserta itu diisytiharkan bankrap;
Peserta meninggal dunia.

Apa-apa keraguan, anda boleh merujuk kepada Sara 1Malaysia FAQ halaman yang jelas dan untuk mendapatkan maklumat penuh. Sila rujuk pautan yang penting di bawah:

Ketua
Kriteria kelayakan
Prosedur permohonan
Skim ciri-ciri

Anda boleh melawat laman web SARA 1Malaysia untuk maklumat lanjut.
Istilah carian masuk:

sara 1 malaysia (9)
susu tanpa Rum amanah rakyat sara 1 malaysia (5)
sara1malaysia (2)
amanah rakyat 1malaysia (1)
susu tanpa Rum rakyat 1malaysia (1)
susu tanpa Rum amanah rakyat satu Malysia (1)
sara hal menyendoki amanah rakyat (1)
susu tanpa Rum amanah rakyat 1 melaysia (1)
susu tanpa Rum amanah rakyat (1)
sara 1 malaysia cimb 2012 (1)

ST12- Saat Terakhir@FFI

Thursday, January 12, 2012

Al Fatehah

Buat Usu yang kembali ke raahmatullah pada 11.1.2012 kerana menghembuskan nafas terakhir di perairan selat melaka ( Pulau Besar )..
Semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempatkan dalam golongan orang2 yang beriman..
Amin....Al-Fatehah......

Wednesday, January 11, 2012

Ford Ranger T6 is Coming To Malaysia Soon!


Ford Ranger was the 'king of the pickup truck' years ago, abundant amount of them can be found on the road and construction sites. This is because the Ranger is known for its toughness, durability and good carrying cargo ability. The upcoming all-new Ranger, codenamed T6 is coming to our shore in the early 2012.



The newly improved Ranger will have sportier styling without loosing its ruggedness, better aerodynamics, fuel economy, refinement and performance.



There are 2 engines available for the 2012 Ford Ranger. First is the 2198cc turbodiesel engine with commonrail injection which produces 125ps and 330Nm between 1750 – 2300rpm. Second is the 3198cc turbodiesel engine with commonrail injection with 147ps and 470Nm available from 1750 – 2500rpm. Most probably the 2198cc engine will be available to us when it debuts in our market.



Does the cabin look familiar to you? If you are an owner of a Casio G-shock watch, you'll find the dashboard has resemblance of the G-shock. The result is a rugged but also stylish dashboard, something its competitors are lacking of. The cabin space of the all-new Ranger is much improved compared to its predecessor, which I would say is at a premium.



The 2012 Ford Ranger is also awarded 5-star in EuroNCAP crash test. It's the first pickup truck awarded with the maximum stars! It is a great achievement and this shows that Ford is committed in making a tough but also safe pickup truck.