Monday, April 23, 2012

Paypal


Post saya kali ini khas untuk menunjukkan kaedah mendaftar akaun paypal dalam masa 5 minit sahaja.
Bagi seorang ahli perniagaan masa adalah sangat penting, jadi saya telah ringkaskan tutorial ini untuk membantu anda mengejar masa.
Bagi yang terlibat dalam perniagaan internet atau yang kerap berurusan duit secara online, paypal merupakan salah satu pilihan terbaik dan selamat. Selain itu, kelebihan pada paypal ini adalah pendaftaran adalah percuma.  Paypal hanya akan kenakan sedikit bayaran sewaktu anda menerima bayaran kelak. Paypal juga merupakan laman web yang menguruskan duit anda secara selamat kerana dilengkapi dengan sistem yang terjamin selain anda tidak perlu dedahkan maklumat peribadi seperti kad kredit semasa membeli belah di internet.
Baiklah sebelum anda mendaftar anda perlulah terlebih dahulu memiliki kriteria di bawah:
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau ke atas
  • Memiliki kad kredit/debit ataupun akaun bank
  • Memiliki emel
Sekiranya anda melepasi kriteria diatas maka anda layaklah untuk membuka akaun paypal. Untuk memulakan pendaftaran pergi ke laman web paypal. Anda boleh gunakan pautan dibawah untuk membantu anda.
Seterusnya anda akan tiba pada laman web seperti gambar di bawah:
tutorial paypal 1
Tekan button “Sign Up Today!” untuk mulakan proses pendaftaran.
Seterusnya anda akan tiba pada laman web untuk anda memilih jenis akaun yang anda ingin buka iaitu personal, premier, dan business. Di sini anda perlu buat keputusan untuk apa anda buka akaun paypal sekiranya hanya untuk membeli belah secara online maka eloklah memilih personal. Sekiranya ingin melakukan perniagaan secara perseorangan pilihlah premierBusiness pula untuk perniagaan besar yang melibatkan syarikat. Dalam tutorial ini saya akan buka akaun jenis premier.
tutorial paypal 2
Setelah membuat pilihan yang anda mahukan tekan pada button “Get Started“.
Anda akan tiba pada satu borang yang wajib di isi. Lengkapkan borang itu dengan maklumat anda.
tutorial paypal 3
Pada borang ini, pastikan nama anda adalah sama dengan nama pada mana-mana akaun bank anda. Setelah semua maklumat lengkap di isi. Tekan buttonAgree and create Account“.
Dengan itu, akaun adalah telah berjaya di buka tetapi masih ada langkah terakhir yang perlu anda lakukan iaitu sahkan emel anda. Caranya mudah sahaja login emel anda dan buka emel dari paypal. Cari pautan dalam emel tersebut dan klik pada pautan untuk pengesahan emel. dan….
Akaun paypal anda telah pun dibuka dan sedia untuk digunakan.
tutorial paypal 4
Anda sudah boleh melakukan penghantaran wang dan menerima wang. Walaubagaimanapun bagi yang memiliki kad kredit anda boleh sahkan kad kredit anda kerana kad kredit yang tidak disahkan mempunyai beberapa limitation iaitu:
  • Maksimum penghantaran wang adalah 1,575.00
  • Maksimum pengeluaran wang adalah RM 2000.00 sebulan
Baiklah sekiranya anda telah selesai berurusan dengan akaun paypal anda terus keluar melalui pautan “log out” pada bahagian atas web. Untuk login semula hanya perlu pergi semula pada log in page melalui pautan ini .
tutorial paypal 5
Masukkan emel dan kata laluan anda untuk masuk semula ke akaun anda.

http://www.tradefort.me/images/tradefort_rebet.png

Rebet 60% adalah program perkongsian komisen affiliate bagi setiap akaun TradeFort yang didaftarkan di TradeFort.me. Rebet yang diberikan tertakluk kepada terma dan syarat trading pihak broker untuk melayakkan pihak kami mendapat komisen trading anda.

Semakin besar lot yang anda buka, semakin besar komisen yang kami dapat, bermakna semakin banyak rebet 60% yang kami berikan kepada anda.

Bagaimana Pembahagian Rebet Dikira?

Setiap trade yang anda lakukan tidak kira ditutup untung atau rugi, pihak TradeFort.me akan menerima komisen sebanyak 65% dari jumlah spread.

60% dari jumlah komisen akan dipulangkan kepada anda sebagai penghargaan bersama kami.

Cth:

Anda membuka akaun Fort dan membeli 1 lot pair GBPUSD. Kemudian anda, menutup order tersebut samada dalam keadaan untung atau rugi.

Kami akan mendapat komisen 65% dari spread hasil trading anda

3 Pips spread x USD10 nilai lot x 65% komisen = USD 19.5
50% x USD 19.5 = USD 11.7 (akan dipulangkan kepada anda sebagai rebet tunai)

Lumayan bukan!! Anda bukan sahaja mendapat keuntungan hasil trading anda, malah anda turut mendapat duit kopi dari kami berupa rebet tunai.

Bagaimana dan bila rebet akan dibayar?

Kami akan menghubungi anda menerusi email pada awal setiap bulan. Anda juga boleh menyemak rebet anda melalui TradeFort.me
Bayaran akan dijelaskan setiap awal bulan berikutnya ke akaun bank anda.

Contoh: Rebet untuk transaksi sepanjang bulan Januari akan dibayar pada bulan Februari.

Jadual pembayaran adalah seperti berikut:

1-3hb : Proses penggiraan rebet dilakukan oleh kami
3hb : email dihantar kepada semua yang register bersama kami atau log masuk ke TradeFort.me
4hb : proses bayaran bermula


Permohonan Rebet 60% TradeFort.me

Permohonan rebet ini hanya sah untuk akaun TradeFort yang didaftarkan di TradeFort.me sahaja. Anda boleh membuka akaun baru sekiranya sudah mempunyai akaun forex untuk mendapat rebet.

Bagaimana untuk menyertai Rebet 60% TradeFort.me?

Langkah 1 : Buka Akaun Disini. Anda juga boleh membaca Panduan Buka Akaun sebelum mendaftar akaun TradeFort.

Langkah 2 : Maklumkan kepada kami dengan menghantar SMS dengan format berikut.

DAFTAR REBET ke 012 977 0050

Contoh : DAFTAR REBET 12345 ALI BIN ABU 12345678912 , MAYBANK

Anda akan menerima SMS pengesahan dari kami.

Mudah saja bukan?

Terma & Syarat :

Nama akaun bank hendaklah sama dengan nama di dalam trading akaun
Rebet 60% dikira setelah anda mendaftar REBET dengan memaklumkan kepada kami sama ada melalui SMS, form, YM, Skype , Facebook atau sebarang medium komunikasi. (Contoh anda buka akaun pada 1.3.2012 dan mendaftar REBET pada 10.3.2012 , rebet anda akan dikira bermula 10.3.2012.)
Kami tidak bertanggungjawab jika anda menuntut rebet tanpa memberi pengesahan pendaftaran kepada kami (TradeFort.me)