Thursday, December 29, 2011
Wednesday, December 28, 2011
Al-Quran bongkar rahsia pembinaan piramid
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta. (al-Qasas: 38).
Pembongkaran misteri piramid adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu.
Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibinakan oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.
Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah daripada tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum, menegaskan bahawa piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil daripada olahan tanah liat.
Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.
Kajian itu menegaskan, bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram. Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Sehubungan itu, Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, beliau menegaskan bahawa batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam semula jadi dengan batu buatan manusia.
Penemuan oleh Davidovits adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun. Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, Piramid Matahari dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat. Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa yang lalu.
Tanah liat
Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid. Beliau berkata:, “Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga dibina daripada ‘tanah liat’.
Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuan dunia menemukan rahsia tersebut.
Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.
Jika ditinjau daripada kejadian Nabi Adam sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, adalah juga berasal daripada penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.
Daripada pemaparan hakikat ayat al-Quran di atas, jelaslah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkan dia di Laut Merah bersama tenteranya.
Malah Allah juga menyelamatkan Nabi Musa as daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang didambakan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian.
Kadar baru caruman majikan berkuatkuasa Januari
KUALA LUMPUR: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan sehingga RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa Januari depan.

Kadar Baru Caruman KWSP Majikan Naik Kepada 13%
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus akan memberikan faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP.
“Bagaimanapun, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.
“Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan ini semasa Ucapan Bajet 2012 sebagai langkah untuk menangani masalah ketidakcukupan pendapatan semasa bersara yang dihadapi pesara kini,” katanya.
Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun dari mula mereka bersara dan masalah ini akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, katanya, KWSP menghargai tindakan segera kerajaan dalam menangani masalah ini kerana tambahan satu peratus caruman berserta dengan dividen tahunan akan meningkatkan lagi simpanan persaraan rakyat Malaysia. – BERNAMA
Buat Kad Kahwin Sendiri Dengan Software Kad Kahwin
Pada zaman kegawatan ekonomi sekarang pastinya ramai bakal pengantin tengah pening kepala sebab kos meningkat. Nak tak nak kena cari jalan untuk membuat sendiri kad kahwin. Jika kad kahwin berharga RM1.50 sekeping, ianya hanya 30sen ke 50sen jika anda membuatnya sendiri.
Jika jemputan anda 1000 orang, dah tentu RM1500 dah komfirm habis kalo kad kawin murah pada harga RM1.50.itu pun susah nak jumpa pada harga tu.Biasanya RM4,5 jugak la. Kalo buat sendiri, banyak yang anda berjaya selamatkan untuk dibelanjakan pada perkara lain.
Yang penting, orang datang ke kenduri anda. Tak gitu? Kad kahwin juga bertujuan untuk menwar warkan bahawa anda telah berkahwin. Kerja Walimatul Urus sekarang ni semakin naik harga. Katering, sewa menyewa, jurugambar dan sebagainya. Semua perkhidmatan kahwin ni naik harga. Alasannya minyak mahal, bahan mentah mahal walaupun harga minyak dah turun.
Ianya tak turun dah bila dah naik. Kos sara hidup pun dah meningkat. Yang nak kawin tu, cari la jalan untuk mengurangkan kos kahwin. Pejam celik, berbelas ribu juga kalo di pihak lelaki paling kurang kena sediakan. Maskahwin,hantaran,sewa-sewi,kenduri kendara,cenderamata & banyak lagi. Tu belum masuk perbelanjaan lepas kawin seperti sewa rumah,perabot,dapur & etc.
Saya menerima perisian kad kahwin ni selepas saya kawin. jadi tak sempat la nak buat sendiri. Sebab saya just perlu beli kad yang berharga 30sen hingga beberapa ringgit bergantung pada design. Lepas rekabentuk sendiri, anda just print diatas kertas kad yang dibeli.
Anda boleh dapatkan Pajej DIY Kad Kahwin untuk merekabentuk kad kahwin anda sendiri. Anda juga akan menerima bonus kaligrafi khat bagi mereka bentuk kad kahwin anda.
Klik Sini untuk dapatkan perisian kad kawin ini. Ianya boleh digunakan bersama Adobe Photoshop atau Illustrator. Jika anda nak buat bisnes kad kawin pun boleh.Hati Hati Kasut Kulit Babi
Kepada yang nak beli kasut, harap berhati hati kerana ada kasut kulit yang dihasilkan dari kulit babi. Nak bezakan senang je. Liang bulu dia berbentuk segitiga. Kalo liang bulu dia ada segitiga tu, jangan la penang dan belek belek lagi. Pergi la ke kedai lain.
Bahkan kasut BABY dah jadi kasut BABI. Bahaya betul. Siap ada resit lagi. Kedai kat SOGO. Jadi berhati hati nak beli kasut kulit ye. Tengok dulu bentuk liang roma bulu dia samada ia bentuk segitiga atau tak. Kalo tak, beli la. Kalo ya, jangan pulak dibeli dan buat melaram.

Infinity Downline – Konsep Money Game?
Update: Setelah mendapat banyak feedback dibawah saya akan restructure artikel ni skit.
Infinity Downline atau ID semakin meriah kat Malaysia. Malah ada yang cuba cuba spam di wall facebook saya tentang peluang buat duit terbaru ini. Malah Tuan Zamri Mohamad juga ada bertanya tentang program ini. Pada pendapat peribadi saya ia adalah sejenis program money game atau head hunting.
Konsepnya adalah sama seperti skim piramid/ program yang ada kat Malaysia ni. Antaranya:
-amaljariah.net
- surerich.net
- binajutawan.biz
- dana2u.com
- smartinvest4u.com
- cb2u.net
- e-wallet2u.net
- myhomebiz2u.net
- penawar4u.com
Diatas adalah program yang saya kategorikan sebagai skim yang b erteraskan permainan duit atau head hunting. Mereka mengunakan pelbagai istilah seperti dana, sumbang ikhlas dan banyak lagi. Mereka mengunakan wang/duit sebagai gula untuk menarik minat orang malah mengunakan al quran dan hadis bagi menghalalkannya. Ada yang mendakwa ia untuk membantu sesama Islam la. Ikhlas untuk tolong semasa Islam dan banyak lagi alasan.
Bagaimana pulak dengan Infinity Downline?
Mereka yang teringin nak masuk tu. Fikir dulu la ye. Duit bukan segalanya. Teliti terlebih dahulu sebelum menyertai apa apa program di internet. Terdapat 2 perkara yang patut diberi pertimbangan iaitu undang undang malaysia dan juga agama.Saya sarankan untuk meneliti terlebih dahulu meneliti tentang Isu Syariah Dlm MLM tulisan UZAR dan juga Fatwa MLM Majlis Ulamak Indonesia.
Adakah ia MLM?
Ya. Walaupun ada yang menafikannya dengan menyatakannya affiliate program. Konsep Reverse 2 Up yang digunakan adalah salah satu cara compensation plan dalam sistem MLM.
Apa Pendapat Orang Tentang ID?
Saya cuba search di serata internet dan jumpa pelbagai pendapat tentang ID ni. Ada yang cakap scam ada juga yang cakap ok. Tapi itu pendapat mat salleh. Diorang apa kisah halal & haram dalam agama dan undang undang negara kita. Sebab itulah ia memerlukan penilaian teliti. Pelaksanaan yang salah boleh menyebabkan ia menjadi haram. Ini akan dibincangkan nanti.
Pada pandangan pertama..
1.Payment - setakat ni diorang still membayar ahli diorang. Lagipun ID masih baru dilancarkan.
2. Product- daripada komen dibawah; ID menjual produk e-education seperti tutorial,video & etc.Persoalannya adalah sejauh manakah berguna kepada anda?. Daripada senarai produk yang dinyatakan dibawah, banyak juga produk yang saya kira bagus untuk mereka yang nak belajar tentang perkara berkaitan teknologi maklumat. Alangkah bagus jika dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua ahli ID.
Atau semata mata nak dapatkan duit daripada refer orang lain atau mencari downline sehingga lupa untuk menfokuskan kepada produk. ID sepatutnya mengetengah produk mereka, bukan mencari downline semata mata.
Buktinya, saya jumpa satu testimoni ID ni.
Apabila ***** memberitahu dia dan ****** akan membina satu sistem Kuasa 100 bagi Perniagaan Reseller Infinity Downline, saya terus kata, CANTIK!. Kenapa?, sebab sebagai seorang ‘bisnes seekers’ saya sudah jumpa peluang ini lama dulu. Tetapi oleh kerana laman web Infinity Downline menggunakan Bahasa Inggeris saya akur, ianya agak susah untuk dipasarkan di Malaysia kerana ada beberapa ’setup’ yang agak teknikal. Saya ucapkan terima kasih kepada dua orang admin yang bertungkus lumus menyediakan sebuah platform untuk setiap orang di Malaysia menjana pendapatan secara ‘residual’ dan ‘leverage’, atau bahasa mudahnya ‘pendapatan yang kita terima dari hasil usaha orang lain dan ianya dijana berulang ulang. Kawan! Ianya sukar dilepaskan. Dalam masa seminggu sahaja lebih 100 orang sudah mendaftar melalui laman web saya, dan syukur hampir 20 orang sudah buat pembayaran. Bagaimana dengan anda? Tak payah tunggu gaji…join sekarang! Gua gerenti lu untung punya!!
Dari situ, kita boleh nampak orang join sebab apa. Mereke tidak kisah apa produk sekalipun asalkan dapat duit. TETAPI, kalo ada yang memanfaatkannya. Bagus lah. Saya sarankan join sebab ia akan dimanfaatkan samada untuk diri sendiri atau diajar kepada orang lain. Apa gunanya jika beli tetapi tak faham bahasa inggeris kerana semua tutorial adalah dalam english!
Apa yang saya khuatiri ialah mereka yang join semata mata kerana nak buat duit. Ia adalah salah.Ini akan dibincangkan nanti.
3. System- Yang ni saya tak berapa suka. Cuba tengok apa yang saya bold kat testimoni tu. “ Pendapatan daripada hasil usaha orang lain”. Setiap orang berhak mendapat hasil apa yang diusahakannya. Bukan upline atau dikenali sebagai powerline dalam ID. Ia tidak adil kepada mereka yang membawa ahli baru masuk menyertai mereka. Mereka yang buat “MLM” pasti tahu, bukan senang nak dapat 4 orang downline. Kemudian terpaksa diberikan kepada upline pulak.
Konsepnya begini:
Ali refer Abu .
Abu kemudia refer 4 orang. Orang yang ke 2 dan ke 4 akan diberikan kepada ALI tanpa sebarang usaha. Abu hanya dapat 2 orang downline walaupun di bawa 4 orang.Dua orang bawah ABU pulak perlu cari downline untuk diberikan kepada ABU. Begitulah seterusnya.
Update: menurut respon dibawah, hanya downline ke 2 &4 sahaja akan diberikan kat upline. Downline seterusnya,introducer akan dapat 100% komisen tersebut. Semua downline akan mengalami proses yang sama.
Itulah pendapatan hasil daripada usaha orang lain. Ini menampak sangat upline akan dapat banyak daripada hasil usaha orang bawahan. Jadi jika ikut gambar atas, Hasan & Minah kena cari downline dan downline ke 2 dan 4 akan diberikan kepada Abu. Nampak kan sedikit ketidak adilan dalam sistem tersebut. Semakin banyak downline yang upline ada, semakin banyak la downline percuma yang diperoleh hasil usaha daripada downline sebab 2 akan ditarik ke atas sebagai downline kepada upline walhal ia adalah hasil usaha yang dibawah.
Update: Menurut zul, 2 orang yang ditarik daripada downline dikira sebagai upah/komisen kerana mengajar downline mengunakan sistem dan teknik pemasaran produk. Jika downline tersebut, berjaya mengajar downline mereka perkara yang sama; ganjarannya ialah 4 orang downline hasil daripada downline mereka. Mereka namakannya Konsep Berkongsi.
Komen: Saudara Zul sendiri mengakui sukar utk mendapatkan downline. Namun,mengambil 2 downline sebagai upah; saya rasa tak patut. Upline memang perlu mengajar downline,itu yang disyaratkan dalam MLM patuh syariah tetapi dalam ID downline mereka dijadikan cagaran kepada upline agar mengajar. Tak kira apa alasannya, bagi saya reverse 2 up memang tak sesuai untuk orang islam. Saudara juga tahu akan berlaku MLM poisoning apabila pasaran dah tepu.Tapi still buat juga sebab orang awal akan untung, yang lambat join, nasib la.
Apa akan jadi bila dah tepu? Dah takde orang yang join. Terus terkubur la. Orang last tu dapat la tutorial yang diorang jual je.Namun, orang kita ni…bila nampak duit, semua bedal. Alasannya… BISNESS SEEKER!!! Sebab tula ramai orang kita kena tipu bulat bulat dek skim cepat kaya yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
4.Target Market- semua produk ID dalam english.Ia memang susah nak cari makan dalam market Melayu yang kurang gemar dengan english. Diorang buat website pemasaran dalam bahasa melayu untuk cari market melayu. Autodownline la, apa la…Tapi, apa yang akan jadi dengan produk ID tu nanti? Join tapi tak paham apa ke jadah tutorial dalam tu buat apa? Ni semata mata nak kejar duit je kan>> Lain la kalau depa tu buat versi BM pulak, anda jugak manfaatnya.
Dalam affiliate marketing, kita dapat komisen terdapat semua jualan yang kita buat. Sebab kita sedia maklum, memang susah untuk menjual.
5. Yuran Keahlian- USD25 atau lebih kurang RM100 setiap bulan. Setiap downline perlu bayar kepada upline untuk aktivasi selama 30 hari. Jika upline terlambat untuk aktifkan akaun, downline tersebut akan kehilangan semuanya & perlu bermula dari awal. Di sini, upline memainkan peranan yang sangat penting sebab aktivasi adalah secara manual (berdasarkan komen fahmi dibawah).
Bagaimana pulak dakwaan login Facebook dapat RM100 dari Infinity Downline?
Komfim scam. Login lah sejuta kali pun, anda takkan dapat satu sen pun. Ini adalah taktik untuk memancing orang menyertai ID di Facebook. Ia lebih kepada cara pengiklanan dan fakta yang salah.
Ni iklannye:
SALAM, BACA DULU YE..KALAU TAK FAHAM BAGITAU…SAYA AKAN TERANGKAN DGN JELAS..MALU BERTANYA DUIT TAK DAPAT…:) SAYA SEDIA MEMBANTU …
NI SEBENARNYA ADALAH PERNIAGAAN INTERNET YG MENGGUNAKAN KONSEP AFILIATE PROGRAME..MCM FACEBOOK..DIA AIM HIT N GOOGLE AKAN BYR PADA OWNER FACEBOOK…SAAM MCM YG NI GAL..DIA AIM HIT..SBB TU PENDAFTARAN PERCUMA..TAPI BILA NK JADI AWAKIL DIA KENALA KUAR MODAL..HANYA RM100 SAHAJA
Pendedahan terkini cara MURAH, MUDAH, TERPANTAS untuk perbaiki status kewangan ANDA.
Program ini untuk ANDA jika anda:
1) Ada RM100
2) Nak cari duit, untuk akhirnya jadi Financial Freedom
3) Tak nak MLMKonsep nya sama mcm facebook…kita kena sign up dulu..maka kena mendaftar dulu…then anda akan diajar semuanya..mcm kelas tuisyen..kita ajar..anda buat, duit anda yg dapat..bukan saya
Bayangkan, dalam tempoh 3 – 7 hari, anda dapat RM1,000, apa yang akan anda lakukan dengan RM1,000? Lihat testimoni di http://duitinfinity.blogspot.com/. PENERANGAN : http://www.zaharuddin.net/content/view/485/100/
Modal = RM100, Apa yang anda dapat?
1) MENJANA KEWANGAN BERMULA DARI RM100 HINGGA RM1,000 dalam tempoh 3 – 7 hari.MACAMANA?
i) Dengan menggunakan FACEBOOK, kita mempromosi ONLINE SISTEM YANG BERFUNGSI MENJANA KEWANGAN ANDA ATAS DASAR WAKIL BAGI MEMPROMOSI E – LEARNING dengan cara sharing ‘killer’ status di facebook (akan diajar bilamana anda mendaftar)
ii) Hanya dengan seorang mendaftar dengan ANDA, dah dapat modal balik. Komisyen 100%. Seorang lagi mendaftar, ANDA untung 100%, 5 orang daftar = RM500 dalam poket ANDA)2) E – LEARNING YANG KOMPREHENSIF BAGI MEMULAKAN ONLINE BISNES – Beli dan untung!!
Susah ke nak cari member yang ada RM100 dan nak dapat duit lebih untuk cover perbelanjaan harian? Senang kan..
ADA MONEY BACK GUARANTEE LAGI?? Betul ke ni??
YA!! MONEY BACK GUARANTEE*, dalam tempoh 90 hari kalau anda dapat buktikan sistem ini tidak berjaya berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan. Sila rujuk kepada Sharing Session yang terdekat.BERMINAT? Ini langkah pertama ANDA:
1) Daftar dengan saya bermodalkan RM100
2) Saya akan bagi panduan step by step dengan Login Facebook dapat RM100 hari hari1) Sila buat pembayaran RM100 ke akaun bank saya sebagai penaja anda:
Nama Bank: BANK ISLAM / MAYBANK
No akaun: 1416 ******* (bank islam ) / 1622********* (maybank)
Nama Penuh: WAN ************2) Kemudian sila berikan maklumat anda seperti dibawah secara sms ke (016 217 9835)
NAMA PENUH:
NO.H/P:
CADANGAN USERNAME / USER ID:
EMAIL YANG AKTIF (WAJIB):
NAMA BANK:
NO. AKAUN BANK:
PENTING!!! BUKTI PEMBAYARAN RM 100: (JUMLAH / TARIKH / MASA)Akaun anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam. Anda akan menerima segala panduan program ini melalui email anda. Kami mempunyai SUPPORT GROUP yang cukup kuat untuk ANDA bertanya dan merujuk. Segalanya selepas anda mendaftar.
Saya hanya berkongsi jika peluang ini benar – benar bermanfaat kepada ANDA. Semoga anda dapat perbaiki kewangan anda dan keluarga anda lebih baik di masa depan.
Sekian terima kasih. Wassalam.
Daripada iklan ni terlalu banyak benda yang sangat meragukan dan salah faktanya. Ia bukannya semudah yang disangka.
1. Bagi saya Infinity Downline bukan sejenis Affiliate program kerana dalam affiliate program yang sebenar setiap jualan kita layak mendapat komisen. Ia adalah hak kita kerana kita usaha untuk membuat jualan. Ia lebih kepada MLM walaupun dinafikan oleh kebanyakan ahli ID ini.
Komen: Menurut Zamri Nanyan, ID adalah MLM kerana sistem Reverse 2 Up yang digunakan adalah salah satu kaedah compensation dalam MLM.
2. Google bayar kat Facebook? Salah!. Google tak pernah membayar mana mana laman web untuk dapatkan pelawat. Poin ini pernah digunakan oleh scammer MIRSB tentang BOSSMAILER sebelum ni. Sesetengah IM mengelarkan Google sebagai GODgle sebab mereka diibaratkan sebagai tuhan kat internet hari ini. Sampaikan Yahoo! (pesaing google) pun iklan kat Adwords untuk promote YSM.
Komen: Ini merupakan pengunaan fakta yang salah!
3. Tengok ayat “kita ajar..anda buat, duit anda yg dapat..bukan saya“. Salah lagi. Dalam ID, upline memang dapat duit daripada usaha downline. Kalo dia tak dapat duit, kenapa beria ia sangat nak promote? Tak perlu nak kelentong orang especially orang yang lemah english.
Komen: Dalam hal, mereka perlu telus dalam menjelaskan pelan pemasaran. Mereka perlu jelaskan apa yang mereka dapat & downline akan dapat.
4. ID tak mensasarkan hit atau visitor, hanya mereka yang join jadi members diorang baru diorang bayar komisen.Itupun hanya separuh je.Separuh lagi dapat kat introducer.
Komen: Ini satu lagi pengunaan fakta yang salah.
5. Testimoni boleh direka. Kebanyakan laman web scammer buat testimoni sendiri. Cari gambar makcik & pakcik kat FB,Myspace..tulis testimoni sendiri untuk tarik orang. Kalo dapat tengok screen shot pendapatan tu, lain la skit. Testimoni pula terlalu “anynomous” atau tiada kredibiliti dan boleh dibuat buat.
Update: Sbb tu undang-undang FTC yang baru mensyaratkan testimoni screenshot dan boleh dihubungi bagi mengelakkan berlakunya penipuan.
6. ” Hanya dengan seorang mendaftar dengan ANDA, dah dapat modal balik. Komisyen 100%. Seorang lagi mendaftar, ANDA untung 100%, 5 orang daftar = RM500 dalam poket ANDA)” – Salah. Anda hanya mendapat RM300 je. Lagi RM200 akan dapat kat upline.
Update: Namun, komisen downline ke 5 dan seterusnya dapat 100% kat downline berkenaan.
7. “E – LEARNING YANG KOMPREHENSIF BAGI MEMULAKAN ONLINE BISNES – Beli dan untung!!”. Untung kalo ia dimanfaatkan.Ilmu jika diamalkan lebih berkat. Beli tak semestinya untung. Rugi pun ada.
Komen: Untung rugi bergantung kepada cara pengunaan dan juga kualiti produk.
8. Ni takde lain dah. Banjirkan FB dengan iklan diorang nanti. Kalo ada daripada “friends” saya, buat cara spamming ke wall orang atau fan page. Saya akan remove je orang tu sebab mereka join sebab untuk berkawan tetapi nak “berlawan” iklan siapa yang paling banyak.
Komen: Daripada iklan tu pun terdapat banyak misleading info yang berlaku. Ini akan membuatkan ramai yang tertipu dengan iklan. Sepatutnya mereka mengajar cara yang betul dalam pemasaran. Bukannya mengunakan kaedah spam di Facebook.
Ini adalah imbasan sejenak tentang Infinity downline dan dakwaan login Facebook dapat RM100 yang ditanya kepada saya. Kalau nak join juga saya tak menghalang. Tapi tanya la diri dulu, adakah benda tu berguna kepada kita atau tidak?. Jika anda rasakan ianya berguna, daftar sekarang juga!
Tapi apa pendapat orang yang saya kira sebagai pakar dalam IM:
Pandangan peribadi dari shuth:
infinity downline ini sama konsepnya seperti mana hypro..
model biz ia adalah sama..saya dah lama perhatikan hyprobulksms nie..
dan dah kaji selidik program dia..ini pendapat peribadi saya..
pada pendapat saya.. hyprobulksms adalah sebuah program affiliate headhunting…
kalau dulu, kita biasa dengar MLM head hunting je..
tapi kini, hyprobulksms telah berjaya mengintegratekan model head hunting
ke dalam model sistem affiliate..ciri-ciri head hunting ialah,
1) produk & keahlian (agen promosi) tidak dapat dipisahkan.
2) hanya ahli berbayar sahaja yang akan dapat komisyen jualan..sedangkan affiliate yang sebenar..
1) tak perlu beli produk..
2) boleh daftar sebagai ahli (agen promosi) secara percuma dan boleh dapat komisyen jika ada jualan..masalah dengan model biz “head hunting” ini ialah, ianya boleh tepu..
ini kerana, ianya sangat-sangat bergantung kepada bilangan manusia..
dan hakikatnya.. manusia itu bukanlah “consumable products” seperti mana sabun, baju, makanan dan sebagainya yang boleh habis dan dibeli semula..disebbakan itu, ia akan tepu suatu hari nanti..
dan apabila ia tepu, “sistem model perniagaan sebegini” ini akan jammed
dan stop working.. pada waktuu itu.. berpuluh2 ribu (mungkin ratus ribu) orang yang baru masuk.. tidak akan mendapat apa2 hasil..masalah kedua dengan model biz “head hunting” ini pula ialah..
profit (komisyen) base on “signup”..
jadi, ramai yang akan cari orang cari orang dan cari orang..
lepas dah dapat orang.. dapat komisyen..
si downline tadi akan dibiarkan begitu sahaja…
sebabnya? buat apa nak buang masa layan atau servis downline tu lagi..?
sebab si upline sudah tidak akan dapat apa2 lagi jika downlinenya berjaya membuat jualan (ahli/mangsa baru)dari pada buang masa layan downline sedia ada.. adalah lebih baik si upline cari “downline baru” yang lain…
berbeza jika hendak dibandingkan dengan MLM pure (seperti amway/cni dll)…
jika si upline dapat downline.. ia tidak akan menerima sebarang komisyen….
si upline, hanya akan dapat komisyen setelah si downline berjaya membuat jualan..
ini kerana komisyen dikira berdasarkan hasil jualan produk.. dan bukannya berdasarkan kemasukkan ahli..
maka.. lebih banyak downline membuat jualan.. maka.. lebih banyak juga si upline akan dapat komisyen..
disebabkan itu, si upline akan menjadi lebih bertanggungjawap dan membantu si downline sehiingga berjaya..
jika downlinenya berjaya.. maka dia juga akan berjaya..berbalik semula kepada “head hunting” model.. komisyen berdasarkan kemasukkan ahli.. once ahli tu dah masuk.. ia tidak akan memberikan apa2 manfaat pada uplinenya.. sebab.. si upline hanya menerima komisyen “one time” sahaja… jadi.. lantak pi lah dengan downline tadi.. dia berjaya ke atau tidak berjaya ke.. dia tidak lagi memberikan sebarang keuntungan kepada upline..
disebabkan itulah… saya mengambil keputusan untuk tidak membenarkan sebarang biz yang menggunakan model biz “head hunting” ini di iklankan di WC.
Sekian. harap maklum..
Saya pun berpendapatan bahawa ID berkonsepkan “head hunting”. Ianya sangat bergantung kepada downline untuk berkembang. Daripada penerangan laman web pun ia banyak menfokuskan mencari downline barulah produk e-education. Bisnes berkonsepkan sebegini tidak akan bertahan lama jika diikutkan program yang muncul sebelum ini.
Boleh dikatakan sekarang ialah survival ID adalah mencari downline. Nama pun dah infinity downline.
Bagaimana pulak pandangan ahli agama dalam perkara sebegini?
Panduan daripada JAKIM berkenaan dengan perniagaan dan pelaburan internet:
Sekiranya perniagaan yang disertai itu mematuhi kehendak syara’ maka ia diharuskan. Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga yang menjalankan sesuatu perniagaan ialah :
i. Ada akad yang jelas.
ii. Tempat pelaburan yang tidak bercanggah dengan hukum syarak.
iii.Tiada unsur-unsur riba.
iv. Tiada unsur-unsur penipuan.
v. Tiada unsur-unsur penindasan.
vi. Tiada unsur-unsur penyelewengan.Tujuan Islam mengharamkan sesuatu perkara adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kezaliman mahupun penipuan terutama yang melibatkan perniagaan. Berhubung pelaburan melalui internet, ia suatu perkara yang memungkinkan berlakunya penipuan dan ini sudah jelas berlaku. Banyak perkara seperti tempat pelaburan, perjanjian keuntungan yang adil, sumber dana, pihak yang mengurus dan pengendali yang tidak dijelaskan secara terperinci dan persoalan yang berkaitan dengan hukum samada halal atau tidak. Inilah yang menjadi sebab mengapa perkara ini menjadi syubhat dan haram.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke -77 pada 10-12 April 2007 telah memutuskan bahawa sebarang bentuk pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalam dan luar negara adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur riba dan gharar..
Saya ambil keratan artikel UZAR berkenaan MLM Menurut Syariah:
2) Belian Peribadi target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target belian tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target’ tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan “Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda”.
Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee’) sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi’en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato’ Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha’ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi syubhah apabila :-
* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian. namun begitu, ia mungkin diHARUSKAN jika terdapat penasihat Shariah yang membetulkannya selaras dengan aqad Ju’alah. namun begitu, majoriti syarikat MLM tidak mempunyai pensaihat Syariah untuk membetulkannya, menyebabkan ia kekal di dalam syubhah.
* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.
Walaupun demikian, jika komsiyen datang dari pihak syarikat atas dasar yang betul seperti jualah dan hibah, ia boleh jadi diharuskan. Namun sekali lagi rukun dan syarat aqad yang betul mesti dipantau oleh penaasihat Syariah yang berkelayakan.
* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau “brokerage” (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas “brokerage” tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker’ atau ‘agen’ untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker’ atau ‘agen’ menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.
3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.
Daripada artikel berkenaan, terdapat beberapa perkara yang agak meragukan berkenaan dengan ID ini:
1. Ia terlalu menfokuskan kepada mencari downline. Mungkin ada yang menyatakan ada produk e-education, namun sejauh mana produk tersebut dimanfaatkan?. Malah ia menekankan untuk mencari downline dahulu, barulah kepada produk e-education tersebut. (Sila rujuk pelan pemasaran Infinity Downline)
2. Saya berdapat sistem reverse 2 up tersebut tidak adil kerana downline yang diperolehi tetap hak mereka yang introduce. Ia tidak sepatutnya diberikan kepada upline. Mungkin ada yang menyatakan hanya RM200 atau USD50 sahaja diberikan kepada upline. Ia tetap menidakkan usaha yang telah dilakukan oleh downline.
Malah dalam artikel UZAR berkenaan ia ada mensyaratkan MLM patuh syariah seperti dibawah:
1.Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
2. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
3. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
Pada pandangan saya, ID mempunyai persamaan pada ciri nombor 1. Ini adalah kerana keuntungan berdasarkan jumlah downline yang ada. Lagi banyak downline lagi untung.
Walaupun ID mempunyai produk, namun saya khuatir sesetengah orang menyertai disebabkan untuk membuat wang daripada program/rangkaian ID ini. Ini adalah kerana ID terlalu menekankan mencari downline dan menjadikan produk adalah benda sampingan sahaja.
Disini juga saya berharap upline memainkan peranan yang aktif untuk membantu downline mereka.Saya mendapat tahu, pengaktifan akaun ID downline terletak pada upline. Segerakan untuk mengaktifkan akaun downline setelah mendapat bayaran kerana kelambatan boleh menyebabkan downline kehilangan segalanya termasuk usaha yang telah dilakukan sebelum ini.
Keuntungan daripada ID bergantung kepada jumlah downline yang diperolehi.Akan ada persoalan sebegini:
Apa yang akan terjadi apabila pasaran sudah tepu?
Bagaimanakah nasib mereka yang berada dibawah apabila sudah tiada orang yang menyertainya?
Apakah jaminan ID akan terus disertai oleh orang?
Adakah produk ID dimanfaatkan sepenuhnya atau sekadar buat buat daripada sistemnya?
Setelah berlaku perbincangan yang panjang dibawah. Terdapat beberapa perkara boleh dirumuskan:
1. ID hidup dengan downline.Tanpa downline, ia akan terkubur. Ia akan dikaitkan dengan sistem money game kerana terlalu menfokuskan pada mencari downline atau head hunting, bukannya produk.
2.Mesti usaha untuk mencapai kejayaan.
3. Menyertai program tertentu semata mata kerana ingin buat duit menerusi rangkaian dan sistemnya adalah tidak dibenarkan dalam islam.(Majlis Fatwa Indonesia)
4.Upline mestilah memainkan peranan membantu downline dan tidak meninggalkannya terkapai kapai tanpa bantuan.
5.Ahli ID perlu diajar tentang etika pemasaran.Spamming inbox dan hijack post/wall orang di facebook adalah sangat tidak beretika.
6.Upline memainkan peranan penting untuk aktivasi akaun.Jika terlambat, akan “deactivate” dan downline akan kehilangan segalannya.
Saya tetap berpendapat sebarang program yang terlalu menfokuskan kepada mencari downline adalah sejenis permainan wang (money game). Pada awalnya, ia mungkin tidak terkesan. Namun apabila ia sudah tepu, ramai yang dibawah akan teraniaya dan mengalami kerugian.
Update: Saya ada bertanya kepada seorang penceramah Jualan Langsung KPDNKK Ipoh, En.Rofa. Beliau menasihatkan elakkan daripada program yang berbentuk head hunting dan mencari downline. Malah ada diantaranya sedang dipantau dan diberikan amaran oleh KPDNKK spt Uptrend kerana konsep head hunting dalam pemasaran mereka.
p/s: Namun, ini adalah pendapat peribadi saya sahaja. Namun, anda sendiri perlu membuat kajian dan pemerhatian terlebih dahulu sebelum menyertai sebarang program di internet.
Teruskan perbincangan. Saya akan update artikel ini dari masa ke semasa. Setiap orang menpunyai pendapat masing masing. Tegur saya jika terdapat sebarang kesilapan dalam hal disebabkan kekurangan ilmu, namun masih ada jalan perbincangan yang boleh dilakukan untuk kebajikan bersama.
Sms Cabutan Bertuah Power Root
Setelah sekian lama sms penipuan semakin kurang. Namun, apabila peraduan Jadi Jutawan Bersama Power Root semakin terkenal, penipu indonesia semakin licik. Tidak hanya dengan sms, malah ada yang lebih ekstrim untuk menelefon mangsa yang kononnya mereka memenangi sejumlah wang daripada Power Root.

Sms Scam Power Root
Abang ipar saya turut menerima panggilan yang kononnya beliau memenangi RM20,000 daripada Power Root. Nasib baik beliau segera menelefon saya untuk bertanya samada ianya betul atau tidak. Ia sebenarnya adalah penipu daripada indonesia. Mungkin sebab orang Malaysia memang senang kena tipu apabila melibatkan wang ringgit.
Biasanya nak dapat duit, duit sendiri tergadai. Bak kata pepatah ” yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”. Inilah matlamat utama blog ini dibina. Elakkan orang ramai daripada tertipu dengan pelbagai helah penipu di internet mahupun teknologi sms.
Walaupun dah didedahkan banyak kali dimedia, pasti ada yang tertipu kerana tidak alert dengan berita semasa dan teruja dengan tawaran yang ditawarkan penipu indonesia ini. Seperti pada akhbar harian metro hari ini, dimana penipuan sms ini kembali setelah lama agak senyap. Mungkin disebabkan sambutan Peraduan Power Root musim kedua ini.
Penipu mengambil kesempatan daripada iklan power di media masa seperti TV untuk menarik minat mangsa yang kononnya telah terpilih untuk memenangi wang RM10,000, RM20,000 dan sebagainya. Ini adalah keratan artikel daripada Harian Metro yang mendedahkan taktik penipuan ini:
PUTRAJAYA: Sindiket menipu orang ramai melalui SMS kembali aktif dan kali ini, sindiket yang dipercayai didalangi warga Indonesia itu menggunakan nama syarikat tertentu bagi mengaburi mangsanya.
Dalam kes terbaru, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 20-an, dari Bangi, berkata dia terkejut apabila menerima SMS yang memaklumkannya memenangi wang tunai RM10,000 daripada peraduan yang dianjurkan syarikat pengeluar minuman itu.
“Saya tidak pernah menyertai mana-mana peraduan dan apabila secara tiba-tiba menerima SMS yang menyatakan saya memenangi wang sebanyak itu, saya jadi keliru.
“Saya pernah membaca dalam akhbar mengenai orang ramai yang menjadi mangsa penipuan seperti ini,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.
SMS dari talian 014-956xxx itu seperti berikut: ‘Congratulations! Nombor Telefon Anda tlh b`jaya Mendptkan hadiah Utama Wang RM10,000 dr…Sila telefon 012-812xxxx No Pin 47xx017 Terima Kasih.’Wartawan Harian Metro kemudian menghubungi nombor 014-956xxxx tetapi tidak dijawab.
Bagaimanapun, ketika dihubungi nombor 012-812xxxx, panggilan itu dijawab seorang lelaki dan daripada dialek digunakan, ia dipercayai seorang warga Indonesia.
Ikuti perbualan antara wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai individu yang menerima SMS itu dengan lelaki itu.
Wartawan: Hello. Saya ada terima SMS yang katakan saya menang RM10,000 daripada peraduan.
Lelaki: Ya. Semalam, kami adakan peraduan cabutan bertuah bagi pengguna nombor telefon bimbit dan nombor kamu menang peraduan itu.
Wartawan: Tapi, saya tak masuk apa-apa peraduan.
Lelaki: Ya. Memang. Tapi nombor kamu dipilih daripada beribu nombor lain. Boleh kamu bagi nombor telefon kamu sebab kami mahu masuk komputer.
Wartawan: Betulkah ini peraduan dari…?
Lelaki: Ya. Memang betul. Bagi nombor kamu sekarang.
Wartawan: Boleh saya tahu pejabatnya di mana?
Lelaki: Pejabat kami di KLCC (Kuala Lumpur City Centre).
Wartawan: Boleh saya tahu nama kamu?
Lelaki: Haji Ahmad…Haji Ahmad Yusof. Kamu kena bagi nombor telefon kamu supaya boleh dimasukkan dalam komputer. Lagi cepat kamu bagi, lagi cepat kamu dapat duit.
Wartawan: Buat apa saya mahu bagi nombor saya sebab kan nombor saya sudah dipilih sebagai pemenang?
Lelaki: Memang. Tapi saya tak tahu nombor kamu.
Wartawan: Boleh saya tahu jawatan kamu di sini (KLCC).
Lelaki: Saya kerja opis.
Wartawan: Apa jawatan kamu di sini?
Lelaki: Kerja opis la.
Perbualan terhenti di situ apabila lelaki itu memutuskan talian. Wartawan Harian Metro cuba menghubungi nombor telefon bimbit itu sekali lagi tetapi tidak dijawab.
Harian Metro pernah mendedahkan taktik sama digunakan satu sindiket menggunakan nama beberapa syarikat.
Sumber: Harian Metro
Biasanya penipuan ini mengunakan jenama terkenal seperti Petronas, Astro, Akademi Fantasia, Power Root dan banyak lagi.
Jika anda menerima sms atau panggilan telefon yang kononnya anda memenangi peraduan sedangkan anda tidak menyertainya. Abaikan dan jangan mudah mempercayainya. Jika anda menyertainya, biasanya yang akan menelefon adalah Rosyam Nor dan ketika itu ianya secara langsung menerusi TV3.
Harap anda tidak tertipu..Pinjaman Pelaburan ASB
Ketika saya ke RHB Bank untuk clearkan cek Clickbank. Pengawai bank ada terangkan skim Pinjaman Pelaburan ASB kepada saya. Saya telah ambil kertas tersebut dan buat sedikit pengiraan terhadap tawaran yang mereka buat. Kepada mereka yang berminat untuk membuat pinjaman ASB. Saya harap anda boleh menilai dulu kajian kes yang saya buat ini.
Saya sokong pelaburan sebegini kerana ia dijamin oleh kerajaan dan juga dilakukan oleh pihak yang berautoriti tentang pelaburan. Elakkan daripada pelaburan internet dan juga pelaburan yang tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia. Sekarang terlalu banyak pelaburan yang menipu wang orang ramai antaranya pelaburan internet, cacing dan banyak lagi.
Ini adalah kadar yang ditawarkan oleh RHB Bank. Saya dapati ia agak menarik dan menguntungkan. Saya telah membuat pengiraan pulangan dalam masa 20 tahun dan juga berdasarkan pinjaman yang dilakukan. Tawaran untuk membayar hanya interest dalam masa 3 tahun juga nampak agak menarik dan menguntungkan.
Ini adalah keuntungan bagi 3 tahun pertama jika dianggap dividen ASB adalah 7% setahun.
Keuntungan 3 Tahun
Keuntungan yang diperolehi setelah ditolak ansuran bulanan selama 3 tahun dan dividen ASB selama 3 tahun. Keuntungan yang diperoleh anda boleh lihat pada ruangan untung.
Bagi pendapatan yang diperoleh dalam masa 20 tahun iaitu kadar maksimum pembayaran pinjaman ini pula adalah seperti dibawah:
Dengan pinjaman RM30,000 dan dibayar selama 20 tahun, wang anda akan berganda lebih 3 kali ganda iaitu RM116,090.53. Anda boleh lihat jadual diatas. Baris yang dihighlight dengan warna kuning adalah tahun yang ditawarkan oleh RHB Bank kepada mereka yang membuat pinjaman ASB dengan mereka.
Berapa pulak yang perlu kita bayar? Jangan risau. Saya pun telah membuat pengiraan juga tentang jumlah sebenar yang perlu anda bayar dalam masa 20 tahun. Anda boleh rujuk rajah dibawah:
Daripada semua jadual diatas kita boleh rumuskan:
Pinjaman RM30,000 dan dibayar selama 20 Tahun:
Pinjaman yang perlu dibayar: RM47,424.00
Jumlah Akhir ASB: RM116,090.53
Keuntungan : RM68666.53
Jadi anda boleh tengok sekarang berapakah keuntungan yang akan diperolehi dalam masa 20 tahun akan datang dengan pinjaman RM30,000 sekarang ni. Ia hampir 3 kali ganda daripada pelaburan yang anda buat dengan kuasa ” compound of interest”. Lagi awal anda melabur, lebih banyak keuntungan yang akan anda perolehi. Jumlah pengiraan ini tidak termasuk bonus. Ia adalah berdasarkan dividen semata mata.
Biarpun ia lambat. Keuntungan yang bakal anda perolehi adalah dijamin. Jangan sesekali terpengaruh untuk melabur didalam apa apa skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap dan tinggi dalam masa yang singkat. Ia berkemungkinan adalah satu penipuan. Ia telah banyak kali terjadi. Jangan mengikuti langkah mereka yang pernah tertipu. Jadikan apa yang berlaku kepada mereka yang terkena dengan penipuan dengan pelaburan sebagai teladan kepada kita.
Jika mereka yang tertanya tanya samada pinjaman ASB menguntungan siapa? Bank atau kita.. dalam kes pinjaman RHB Bank ini. Kita yang untung!
Saya akan buat satu lagi kajian kes berkenaan pinjaman ASB Maybank pulak selepas ini. Saya dah pun mendapatkan kertas penerangan tentang ASB Loan dari Maybank ni. Adakah ia menguntungkan peminjam atau menguntungan bank? Tunggu dalam post yang akan datang ye.
p/s: Anda boleh rujuk perbincangan yang agak panjang tetang pelaburan ASB di Pakdi.my. Saya bukan pakar kewangan, tulisan yang dibuat adalah berdasarkan pemahaman saya sahaja & tidak boleh dijadikan nasihat kewangan. Terdapat banyak pro & contra tentang pinjaman ASB.
Ada apa dengan Dinar Reserve
Saya ada dengar orang disebalik tabir Dinar Reserve adalah mereka yang sama dari MIRSB sebelum ni. Nampaknya mereka nak mencari mangsa baru dalam “dinar” pulak kot. Tengok dari keahliannya macam sama dengan sebelum ni.
Mereka gemar mengunakan perkataan mobile dan juga center. Dinar reserve ni juga ada keahlian yang sama iaitu mobile dinar dan juga dinar center. Actually saya tak nampak apa guna kad dinar reserve tu kepada mereka yang join. Untuk keluarga duit dari Liberty Reserve, E-Bullion? Hanya mereka yang gemar dalam forex je guna benda tu.
Diorang nak jadi orang tengah transfer duit pulak ke? Maklumat kat laman web pun takde sangat. Jadi susah nak wat review pasal Dinar Reserve ni. Tetapi menurut Whois, comfirm orang sama disebalik MIRSB,MONSUN BIZ, 86 dan seangkatan dengannya.
Dunia ni kecil aje. Entah berapa ramai pulak mangsa selepas ni. Saya jangka Dinar Reserve ni pun takkan bertahan lama. Lepas ni tutup la. Diorang nak main e-currency. Memang lagi seronok BNM nak pantau sebab diorang boleh caj AKTA PENGUBAHAN WANG HARAM.
Saya masih tertanya tanya pada mereka yang pernah tertipu dengan diorang tu. Takde tindakan daripada pihak berkuasa ke? Rasanya ada yang buat laporan polis. Pelik betul.
P/s: Ada lagi pasal Zubir kat Budiey berkenaan filem yang gagal – gentayangan.
Komen
-
anak jawa December 19, 2011 at 6:02 pm
-
Shakhalis December 17, 2011 at 11:46 pm
Terkedu bila sy meneliti fakta-fakta di atas. Macam mana pula ada pihak2 yg mengatakan pihak syarikat ada menghantar beberapa pelabur untuk melihat HQ di Dubai?
Tak tahu yang mana satu betol dah ni…..
……………………………………………………………….
Ahhhaaaa……..!!!
Betul apa yg diperkatakan oleh spider. Pembaca tak mudah utk faham sesuatu komentar/isu yg cuba di jelaskan tentang perniagaan.
Tapi kadang2 tu oleh kerana terlalu memandang dan berfikiran negatif, maka ia memang tak mahu utk difahami. -
Anak Kelate December 19, 2011 at 8:41 pm
-
Puan shakhalis dan mas jongkong,
Ambo bulan 11 itu hari dah pergi melawat VG premier office tgkt 25, jumeirah building melalui package yang diuruskan oleh premier investors.
Dahsyat-dahsyat, mula-mula tak dibenarkan masuk sebab group ambo cuma main 2-5lots aje (investor miskin), tapi atas bijaksana orang melayu (Geng premier investors), menyebabkan mereka (Termasuk security arab) akhirnya membenarkan kami masuk. Bukan senang ooo, sebab bangunan tu juga tempat menteri dubai duduk situ…tingkat 30 ke atas tak silap.
Tapi, tak tahulah kalu sama ado HQ Dubai adalah yang baru di dubai… Sebab, yang ambo faham ialah HQnya di Panama (Akan pindah tak lama lagi) dan di Dubai tu pula ialah salah satu VG Premier Offices.
Amiin.
-
mas jongkong December 20, 2011 at 7:15 am
-
Aiiiiiiii………!!!!!! Dah hilang artikal2 lain. Sekejap ada sekejap tak de. Bagus…..!!!
Semoga semua komentar samada positif atau negatif tentang VGMC dapat ditamatkan. -
sham December 20, 2011 at 11:30 am
-
apa yang dah hilang mas jongkong?
-
mas jongkong December 20, 2011 at 1:04 pm
-
Alaaaa En. Sham ni….buat2 tak tahu pula. Bencilah I
Ok…… kita tamatkan saja forum ni ya. Bagus gitu….!!! -
whatever December 21, 2011 at 1:46 pm
-
mas jongkong, setaw aku komen2 ada lg..try tgk kat previous comments tuh..
-
Real thing December 23, 2011 at 11:08 am
-
Behati hati dgn Individu2 yang bernama Mohd Abas bin Mahmud dan kaum keluarganya serta konco konconya beliau adalah salah seorang pemain utama dalam skim2 yang sebegini sejak dahulu di Malaysia…
-
spider December 26, 2011 at 2:23 pm
-
.. terima kasih bagi info .. Real thing …
Saya pung pernah hadir kursus dinarreserve kelolaan di ar z .. faham2 jelah .. pas tu gue contact peserta2 lain yang telah hadir sama .. jawab nya samo jola .. terkeno lagi ..
.. apo nak jadi dunia malaysia melayu usahawang sekarang … sini terkeno .. situ terkeno .. pasal tu lah gue pergi kursus MUKMIN PROFRSIONAL .. baru kami tau .. tu diaa .. kalu mukmin saja memang kena tipu .. kalu profesional saja memang menipu .. so keno ado both laa .. kalo itu pung terkeno jugak .. nasib la ooii ..
ok tq dulu … Wassalam
-
Baha December 27, 2011 at 12:27 pm
-
Salam semua..
Malaysia adalah salah satu negara yang paling banyak perniagaan MLM. Kebanyakan business ini datangnya dari China dan Taiwan. Dan yang paling ramai ahli di malaysia adalah melayu. Kenapa? Sebab orang melayu adalah yang paling mudah ditipu.Orang Taiwan adalah yang paling terror dalam psikologi perniagaan. Jadi sapa2 nak belajar manipulasi wang, belajarlah di sana…
-
mas jongkng December 27, 2011 at 4:39 pm
-
MLM bukanlah suatu perniagaan yg bermotifkan penipuan. Tapi kegagalan yg tejadi pada mana mana individu pada bisnis ini adalah kerana malas nak becakap, malas nak berjalan, malas nak keluar belanja lebih, malu dll. Apabila penyakit ini berlaku keatas setiap individu yg melibatka diri dlm MLM, maka MLM pun mati tak dapat bekembang kerana penyakit2 tadi. Ia bukan suatu penipuan tapi ia adalah suatu risiko sama seperti lain2 bisnis yg ada risiko2 yg tersendiri. Kecuali kalau yg jenis MLM semata2 money game. Jgnlah pukul borong semua tuan.
-
Anak Kelate December 27, 2011 at 10:45 pm
-
Yoyoyo betui betui jongkong mas….
MLM ada juga dari u.s.a yang sangat-sangat famous di M’sia, bagi ambo ada unsur manipulasi juga. Bezanya ia berdaftar. Yang letihnya pula, harga barang-barang ajaibnya amatlah berlipat ganda MAHAL dari harga biasa seperti ubat gigi, vitamins, sabun basuh dan lain-lain…
Kenapa mahal ya… ehem kata yang tersurat ia kerana kualiti, jaminan, halal dan tiada kesan sampingan….. ehem kata yang tersirat pula ialah sebab nak kena bayar pv-pv kepada upline-upline…. Ahli keluarga ambo ada masuk MLM nii, tapi lamo-lamo tak mampu den nak tanggung bayar beli itu ini… Malah kegiatan sosial malam-malam juga tak sesuailah untuk ahli keluarga ambo.
-
anak jawa December 28, 2011 at 12:12 am
-
Sesuatu perniagaan MLM yg ingin menjalankan perniagaan mereka secara sah di Malaysia malah di mana2 negara mesti berdaftar dan dikehendaki menunjukkan kertas kerja plan pemasaran mereka kpd pihak berwajib. Kalaulah ia bermotifkan penipuan, saya rasa tak de satu pun yg akan diluluskan oleh mana2 negara.
Bukan orang Melayu sahaja yg terlibat dlm MLM, di negara2 barat dan eropah sana perniagaan jenis ini berkembang pesat.
Sesuatu perniagaan MLM secara teorinya memang cantik pd plan pemasarannya di atas kertas. Kalau ianya menjadi memang berbaloi2. Bayangkanlah teori2 tersebut menjanjikan pendapatan lumayan hanya setelah mempunyai ahli di level yg ke 5 atau ke 6 serta mempunya ahli tajaan terus yg beratus2 ahli disekeliling mereka seperti pancaran sinaran matahari. Kegagalan individu dlm MLM bukan kerana ianya penipu, tapi kerana malas, malu, lembab dan kurang ilmu.
Banyak faktor2 lain yg menyebabkan ramai penglibatan orang melayu di dalamnya dan banyak pula fakor lain yg menyebabkan orang cina di malaysia kurang berminat.
Di antaranya, orang Melayu kurang modal, kemahiran dan kecekapan serta tidak berdaya utk bersaing dgn orang2 Cin dlm lain2 perniagaan bukan MLM. Kebanyakan mereka yg join MLM adalah drp golongan berpendapatan rendah yg cuba utk mendapatkan sumber pendapatan lain bagi menampung keperluan hidup. Secara kebetulan yg berpendapatan rendah itu adalah orang melayu. Mereka mencuba dlm MLM dgn bersandar pada angan2 yg tinggi. Tapi malangnya mereka kurang berusaha serta seperti apa yg mas jongkong utarakan di atas.
Manakala orang cina pula mereka adalah golongan peniaga yg sudah terlalu jauh berjaya dlm apa2 perniagaan. Mereka mempunyai rangkaian perniagaan yg saling bantu membantu satu sama lain serta tinggi kuasa monopoli mereka. Mereka tiada masaalah dlm apa2 perniagaan. Justru itu mereka tak pandang pada perniagaan kecil2an seperti MLM ini. Lambat kaya dan menjanjikan sesuatu yg tak pasti pada MLM ini berbanding dgn perniagaan yg bukan MLM.
Kuasa monopoli yg ada pada mereka membuatkan mereka tidak teragak2 utk menceburi dlm apa2 juga perniagaan kecuali MLM berbanding dgn orang melayu yang banyak kekangannya dan banyak pula terhalang peluang2. Apa yg tidak boleh mereka lawan dgn orang melayu ialah membuka kedai makan. Rata2 itulah peluang yg ada utk orang melayu serta kurang kekangannya.
Atas faktor2 di atas itulah makanya kita dapati ramai orang melayu yg melibatkan diri dlm MLM berbanding cina bukan kerana orang melayu mudah di tipu.
Kebetulan pula Malaysia di huni oleh penduduk berbagai bangsa. Kalaulah Malaysia ini dihuni oleh orang melayu sahaja, sudah tentu tidak timbul utk membanding2kan antara melayu dan cina sebagaimana ramainya orang2 cina yg melibatkan diri dlm MLM di negara2 seperti Cina, Hong Kong, Taiwan mahupun Singapura.
Wlbgmnapun, dari masa kesemasa, kini orang2 melayu sudah mula menampakkan pertambahan dlm perniagaan meskipun terpaksa bergelut dgn kuasa monopoli drp rakan2 mereka bukan melayu dgn bantuan drp kerajaan. Manakala orang2 cina pula dibantu oleh persatuan2 kuat mereka serta sokongan kuat drp bangsa mereka sendiri.
Apa-apa pun tidak dinafikan ada perniagaan MLM yg tidak berdaftar yg dari awal2 lagi sudah meletakkan target utk memperdaya ahli. Khususnya money game dan perniagaan yg bersandarkan pada produk yg entah apa2. Tapi yg itu pun mereka dah tahu yg mereka akan kena tipu. Yg ini mungkin ada faktor2 lain kenapa mereka tetap melibatkan diri dlm MLM tersebut walau pun sudah diketahui ianya menipu.
Speedline Inc Scam?

Sekarang ini skim cepat kaya dan pelaburan internet mula tumbuh kembali. Antaranya skim yang meragukan ini ialah Speedline Inc yang kononnya mengunakan platform forex untuk menjana duit pendapatan kepada ahlinya.Laman web pelaburan ini adalah www.speedline-inc.com
Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkannya iaitu
- SpeedFX Ver.1 (Silver Package)
Ia bermula dengan modal sekurang kurangnya USD15 dan menjanjikan pulangan 5% setiap bulan. Jika deposit USD1000, akan terima USD50 keuntungan setiap bulan. - SpeedFX Ver.2 (Gold Package)
Ia bermula dengan modal sekurang kurangnya USD100 dan menjanjikan pulangan 10% setiap bulan. Jadi jika deposit USD1000, mereka akan terima untung USD100 setiap bulan. - SpeedFX Ver.3 (Platinum Package)
Ia bermula dengan modal sekurang kurang USD375 dan menjanjikan pulangan 15% setiap bulan. Jadi jika deposit USD1000, mereka dapat USD150 setiap bulan. - SpeedFX Ver.4 (Diamond Package)
Ia bermua dengan modal sekurang kurangnya USD750 dan menjanjikan pulangan 20% setiap bulan. Jadi jika deposit USD1000, mereka akan terima USD200 setiap bulan. - SpeedFX INFINITY ( Upgrade Version FOR Speedline Members Only! )
Ini adalah khas untuk mereka yang join pada 4 pakej diatas dan ingin tambah pelaburan lagi. (Ia bermakna semakin banyak yang tertipu)
Ia Tidak Logik Akal!
Tiada pelaburan yang boleh menjamin pulangan tetap setiap bulan. Malah ia menjanjikan pulangan 240% dalam masa setahun. Ini lagi tidak logik akal.Pakar pelaburan seperti Warren Buffet pun tidak mampu berikan pulangan setinggi ini. Apa yang berlaku sekarang sama seperti yang berlaku dengan Swishcash suatu masa dahulu. Kini ia berulang lagi. Dari segi hukum Islam, dah pasti pelaburan sebegini adalah diharamkan. Hasil yang diperoleh adalah HARAM.
Syarikat Yang Meragukan!
Menurut laman web mereka, syarikat mereka diasaskan pada tahun 2007. Ya. Pada bulan Mei Tahun 2007. Anda boleh lihat skrin capture dibawah:
Apabila saya melihat rekod whois ia baru sahaja didaftarkan pada 17hb Disember 2010. Masih tidak sampai setahun! Ia jelas satu penipuan. Jika mereka diasaskan pada tahun 2007, pastinya laman web mereka juga mestilah didaftarkan pada tahun 2007 juga. Bukannya 3 tahun selepas ia ditubuhkan!
Saya dapati skim ini hanya berkembang di 2 negara sahaja iaitu Malaysia dan Indonesia! Kata mereka, syarikat mereka beroperasi di UK. Kenapa orang UK tak join? Pastinya ia menyalahi undang-undang disana. Dan mungkin mentaliti orang UK yang tidak akan mempercayai sebarang skim pelaburan internet. Anda boleh menyemaknya di laman web Alexa.com.
Perkara yang sama terjadi dengan skim Swishcash sebelum ini. Malaysia berada ditangga pertama di dunia sebagai tempat pelaburan internet berkembang dengan pantas.
Jadi skim ini yang mencari mangsa di Malaysia dan juga Indonesia yang mempunyai mentaliti ingin cepat kaya. Saya yakin perkara yang sama seperti Swishcash akan berulang kembali. Ramai yang masih belum belajar daripad apa yang berlaku sebelum ini.
Daripada laman web mereka, mereka baru sahaja dilancarkan pada 1 Jun 2011. Jadi mereka mengambil masa 6 bulan untuk sediakan sistem untuk “ahli pelaburan” mereka.
Jadi mereka mula baru merekrut ahli bermula Jun lepas. Daripada duit yang diperolehi daripada “pelabur” baru, ia akan digunakan untuk membayar “pelabur lama” untuk membuktikan mereka benar-benar membayar ahli mereka. Konsepnya sama seperti skim pelaburan internet lain yang terkenal sebelum ini.
Jika dulu mereka mengatakan duit pelaburan akan digunakan untuk pelaburan off shore. Kali ini mereka mengunakan forex sebagai sumber tarikan. Bagi orang Islam, Forex difatwakan Haram oleh Majlis Fatwa. Jadi segala hasil daripada forex adalah haram untuk digunakan oleh orang Islam.
Apatah lagi digunakan untuk menangung anak isteri daripada hasil yang haram. Jangan rosakkan keturunan anda dengan memberikan mereka hasil rezeki yang haram.
Sila rujuk laman ini tentang pelaburan internet:
1.Penipuan Pelaburan Internet (Komen Azizi Ali)
SCK Jazmeen penipu

Bagi mereka yang tidak tahu, skim ini aktif pada tahun 2005 hingga 2008 jika tidak silap saya. Modul perandi mereka adalah seperti skim cepat kaya lain. Mereka menawarkan pelaburan dengan pulangan yang mudah kepada “penyimpan” mereka. Ini adalah antara skim yang ditawarkan mereka:
Kelayakan :
1) Terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan Penduduk Tetap (PR).
2) Tiada had umur.
3) Mempunyai akaun bank di Malaysia.
4) Simpanan minima RM 1000.00 dan tiada had.Keistimewaan & Kelebihan & Keunikan :
1) Dividen 10% setiap bulan selama 24 bulan dan didebitkan terus ke dalam akaun bank anda (pada akhir bulan).
2) Tiada yuran pendaftaran, caj tambahan atau tersembunyi.
3) Setiap simpanan bijak diperakui dengan SIJIL serta SURAT PERJANJIAN yang telah dimeterai oleh Peguam Syarikat dan dimatikan setem hasil.
4) Boleh melakukan penambahan simpanan pada bila-bila masa.
5) Wang simpanan asal (principal) akan dikembalikan setelah 24 bulan.
6) Pendapatan secara berterusan walau sudah meninggal dunia (boleh diwarisi).Potensi Simpanan Bijak :
Modal Simpanan X Dividen X 24 bln = Untung + Modal = JUMLAH PENDAPATAN!!!!
RM 1,000.00 X 10% X 24 bln = RM 2,400.00 + RM 1,000.00 = RM 3400.00
RM 10,000.00 X 10% X 24 bln = RM 24,000.00 + RM 10,000.00 = RM 34,000.00
RM 50,000.00 X 10% X 24 bln = RM 120,000.00 + RM 50,000.00 = RM 170,000.00
RM 100,000.00 X 10% X 24 bln = RM 240,000.00 + RM 100,000.00 = RM 340,000.00
RM 1,000,000.00 X 10% X 24 bln = RM 2,400,000.00 + RM 1,000,000.00 = RM 3,400,000.00Alamat Pejabat :
Jazmeen (M) Sdn. Bhd.
29-5-1 Jln 3/101C,
Cheras Business Centre,
Batu 5, Jln. Cheras
56100 Kuala Lumpur
Dengan kata lain, mereka menawarkan pulangan 10% daripada “simpanan” yang dibuat oleh orang ramai. Mereka telah berjaya menerima deposit puluhan juta ringgit daripada orang ramai. Kesemua pengarah syarikat Jazmeen kini sedang diburu oleh Bank Negara Malaysia sehingga kini. Jika anda ada maklumat berkenaan mereka ini, boleh hubungi talian Bank Negara Malaysia -
03-26988044 ext. 7528 / 7914 / 8765 / 8162
or
03-26985708
Atau buat laporan di balai polis berdekatan. Ganjaran wang ringgit juga ditawarkan kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka ini. Kalau dilihat, ia lebih kurang sama je dengan skim internet yang ada sekarang ini seperti Speedline yang sedang hangat sekarang ini. Simpan kemudian dapat pulangan setiap bulan.
Inilah pengarah syarikat Jazmeen Sdn Bhd yang sedang diburu oleh BNM.
Kalau anda kenal orang tersebut dan nak dapat duit percuma kerana membantu Bank Negara, anda boleh berikan maklumat pada talian BNM atau Balai Polis berdekatan. Mereka mungkin sedang bersenang lenang di luar negara sekarang ini hasil daripada duit orang ramai peserta skim mereka. Peserta skim ini sebelum ini sedang berputih mata.Tapi ada juga yang cuba “dapatkan balik duit” dengan menyertai skim cepat kaya lain pula.
Keluar dari lubang, terjun ke lubang lain pula.
Maklumat lanjut anda boleh layari laman web Bank Negara Malaysia.
Bersama kita banteras skim cepat kaya perosak bangsa. Mereka mungkin boleh bersenang lenang dengan duit orang, tetapii hidup tidak aman kerana sentiasa akan diburu pihak berkuasa.
Scam Alert,Skim Cepat Kaya VGMC
Skim Virgin Gold Mining Corporation (VGMC)

Setelah mendapat pelbagai respon dan komen sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk menstrukturkan kembali artikel tentang VGMC ini. Ia adalah untuk memudahkan pembaca membuat penilaian terhadap skim ini.
Apakah VGMC?
Terdapat beberapa permintaan daripada beberapa pembaca di FB yang meminta agar menulis satu review tentang Skim yang ditawarkan oleh Virgin Gold Mining Corporation (VGMC). Sekali imbas seperti ia adalah syarikat Richard Branson yang terkenal dengan jenama Virgin atau dalam bahasa Malaysia; DARA. Laman web rasmi adalah www.vgmc.com
Adakah VGMC Syarikat Berdaftar?
Jawapannya adalah YA. Ia didaftarkan di Panama iaitu negara syurga mereka yang ingin melarikan diri daripada cukai. Daripada komen dan link yang diberikan, anda boleh rujuk di Sini.
Ia disahkan oleh syarikat lawyer ini:
http://www.justanswer.com/
Presiden VGMC?
Namun setelah diselidiki, ia langsung tidak ada kena mengena dengan Sir Richard Branson. Menurut laman web mereka, president syarikat ini adalah Kenneth Elinger yang merangkap PRESIDEN, CEO dan juga VICE PRESIDENT OF FINANCE. Siap tiga jawatan utama dipegang oleh seorang individu. Haibat betul. Dalam sesuatu organisasi, ia akan pincang apabila seorang individu memegang banyak jawatan “pengarah”.
Keraguan:
- Kebiasaannya dalam amalan sesebuah organisasi yang baik, kesemua jawatan utama dipegang oleh individu berlainan bagi mengelakkan keputusan yang salah dalam menentukan halatuju syarikat. Jadi tidak wujud istilah kuasa “veto” dalam organisasi sebaliknya ia adalah keputusan bersama.
2 Daripada laman web Panama Offshore Services, Nama GERASIMO SAMUDIO, menjadi president, bendahari dan setiausaha. Pada laman web VGMC adalah Ricardo Luigi Oliviera. Tidak banyak maklumat berkenaan individu tersebut.
Namun berbeza dengan GERASIMO SAMUDIO, nama beliau muncul menjadi Director kepada ratusan syarikat yang mendaftar di Panama. Kebanyakannya syarikat pelaburan yang sejenis dengan VGMC. Anda boleh rujuk ini:
http://ohuiginn.net/panama/person/GERASIMO%20SAMUDIO
Ia seolah olah indiividu ini menjadi proxy kepada mereka yang ingin membuka syarikat di Panama. Perkara ini adalah perkara mudah di negara ketiga. Mungkin tiada pemantauan atau undang-undang yang lemah. Jika mendapat bayaran, ada diantara mereka sanggup buat apa sahaja. Saya syak penubuhan syarikat ini, mengunakan proxy. Jadi ia akan menyukarkan pihak berkuasa untuk bertindak jika sesuatu yang berlaku.
Inilah yang dibincangkan oleh forumer panama.
http://www.panamaforum.com/business-panama/39979-virgin-gold-mining-corporation.html
Apa yang berlaku pada struktur organisasi berkenaan, ia tidak dapat dipastikan sebab bermula tahun 2010 VGMC mula dikenali setelah menawarkan CPS pada 1 Januari 2010.
Konsep
Konsep pelaburan syarikat ini ialah mereka menawarkan share yang dinamakan Convertible Preferred Stocks (CPS) dan menjanjikan pulangan 10%% setiap bulan sebagai dividen. Ya. Setiap bulan! PNB hanya menawarkan dividen saham amanah seperti ASB sekali setahun. Mereka menawarkan dividen SETIAP BULAN. Jadi setahun, akan dapat 120% dividen daripada syarikat. Dividen mereka dibayar dalam bentuk emas.
Ini sudah bagus kan.Melabur 1000 share, dapat 0.1oz emas setiap bulan. .hehehe.. Nanti dulu, baca dulu sampai habis artikel ini. Mereka juga menawarkan insentif kepada mereka yang membawa pelabur baru kepada mereka.
Macam best je pelaburan macam tu kan. Sekali bayar dapat pulangan setiap bulan..Dok goyang kaki je..
Berita baiknya, setakat ini VGMC masih membayar dividen ahli mereka. Jadi mereka yang berminat untuk melabur, ia adalah atas tanggungan sendiri.
Sekarang mereka ini menawarkan Pre IPO. Namun, ada beberapa “alert” daripada beberapa badan di US seperti Suruhanjaya Sekuriti Amerika Syarikat yang perlu diambil perhatian.
http://www.sec.gov/investor/alerts/pre-ipo.htm
http://www.sec.gov/investor/pubs/preipo.htm
http://www.finra.org/Newsroom/NewsReleases/2011/P123322
Menurut ahli VGMC, mereka sedang mengumpul dana untuk penyenaraian di NY Stock Exchange.
Betul atau tidak. Itu tidak dapat dipastikan kerana pihak VGMC tidak mengeluarkan sebarang rekod prestasi kewangan mereka. Biasanya syarikat yang menawarkan IPO, akan menyediakan satu prospectus untuk rujukan para pelabur untuk menilai sebelum membuat sebarang pelaburan. Dalam kes ini, tiada rekod prestasi kewangan mereka didedahkan kepada umum.
VGMC dikatakan beroperasi pada tahun 2001, jadi pastinya sudah ada penyata untung rugi. Apatah lagi jika mereka ingin menyenaraikan syarikat mereka ke NYSE iaitu pasaran saham paling aktif didunia.
Lagi Persoalan
Itu pasal skim syarikat tersebut. Inilah yang pahitnya tentang pelaburan sebegini. Ia mengundang beberapa persoalan?
1.Bukan Syarikat Perlombongan
Mereka adalah syarikat perlombongan. Persoalannya di mana? Mana lombong emas mereka? Setiap syarikat perlombongan emas pasti akan mengumumkan lokasi lombong mereka. Kemudian saya mencari senarai pelombong emas dunia incase ada syarikat dara Virgin ini. Namun ia tidak wujud.Tiada syarikat perlombongan emas yang bernama VIRGIN GOLD MINING CORPORATION.Anda boleh rujuk senarai syarikat pelombong emas di Sini. Dalam senarai tersebut ia turut menyenaraikan rezab emas yang dipegang oleh setiap syarikat perlombongan emas ini. Yang ada dalam senarai pelombong yang paling hampir ialah Vista Gold, bukan Virgin Gold.
Jadi ia bukan syarikat perlombongan seperti yang didakwa.Itu baru satu hujah saya yang mengatakan syarikat ini adalah penipuan semata mata.
Update: Mereka mereka yang terlibat, syarikat ini melabur dalam syarikat lain yang terlibat dalam perlombongan. Tapi tidak dapat dipastikan syarikat mana. Ia masih kabur dan tidak dapat dipastikan.
Ada yang menyatakan lokasi lombong dirahsiakan kerana takut dirompak. Bagi saya ia tidak boleh dijadikan alas an kerana semua syarikat perlombongan dunia mengistiharkan jumlah emas yang dimiliki dan dilombong oleh syarikat mereka.
2. Scam Alert Daripada Securiti dan Bank di beberapa negara
Syarikat ini dimasukkan dalam senarai blacklist di Malaysia dan juga Singapura. Ia dibuktikan menerusi emel yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Consumer Portal Singapura.
Bagi amaran Investor Alert daripada Kerajaan Singapura anda boleh rujuk di SINI.
Update: Ia masih lagi dalam senarai Suruhanjaya Sekuriti tersebut.
3. Perubahan Harga Emas Harian Tidak Besar
Harga emas memang berubah ubah.Pelabur hanya akan untung apabila harga naik. Ia sama seperti pasaran stok. Berbeza dengan forex, pelabur mereka boleh buat untung apabila pasaran jatuh ataupun naik. Konsep perdagangan stok dan emas ialah beli ketika murah, jual ketika mahal.
Mana mungkin syarikat boleh membayar “dividen” dengan jumlah besar jika untungnya kecil? Apa akan jadi apabila harga emas turun? Tiada untung diperoleh. Ia dinamakan Spot Trading. Contohnya anda membeli emas 10 oz dengan USD800/oz, kemudian harga emas meningkat kepada USD805/oz, jadi pelabur akan untung USD50 jika dijual ketika itu. Pergerakan pasaran emas sangat pantas. Pelaburan emas juga memerlukan modal yang besar.
Terdapat beberapa maklumat baru pada ruangan komen untuk dinilai bagi mereka yang berminat untuk menyertainya. Namun, risiko adalah tanggungjawab anda sendiri. Sebagai pelabur, anda layak untuk mendapat semua maklumat yang diperlukan bagi melaburkan duit anda. Jika ia dirahsiakan, ia pasti ada udang di sebalik batu.
Sekali lagi, duit pelaburan adalah duit anda. Ia tiada kaitan dengan saya pun. Saya hanya membuat analisis untuk membantu mereka mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarikat ini. Keputusan dan risiko adalah tangungjawab anda sendiri.