Wednesday, December 28, 2011

Speedline Inc Scam?

Pelaburan Internet Speedline Inc Scam?


August 25, 2011


Thumbnail image for Pelaburan Internet Speedline Inc Scam?

Sekarang ini skim cepat kaya dan pelaburan internet mula tumbuh kembali. Antaranya skim yang meragukan ini ialah Speedline Inc yang kononnya mengunakan platform forex untuk menjana duit pendapatan kepada ahlinya.Laman web pelaburan ini adalah www.speedline-inc.com

Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkannya iaitu

  1. SpeedFX Ver.1 (Silver Package)
    Ia bermula dengan modal sekurang kurangnya USD15 dan menjanjikan pulangan 5% setiap bulan. Jika deposit USD1000, akan terima USD50 keuntungan setiap bulan.
  2. SpeedFX Ver.2 (Gold Package)
    Ia bermula dengan modal sekurang kurangnya USD100 dan menjanjikan pulangan 10% setiap bulan. Jadi jika deposit USD1000, mereka akan terima untung USD100 setiap bulan.
  3. SpeedFX Ver.3 (Platinum Package)
    Ia bermula dengan modal sekurang kurang USD375 dan menjanjikan pulangan 15% setiap bulan. Jadi jika deposit USD1000, mereka dapat USD150 setiap bulan.
  4. SpeedFX Ver.4 (Diamond Package)
    Ia bermua dengan modal sekurang kurangnya USD750 dan menjanjikan pulangan 20% setiap bulan. Jadi jika deposit USD1000, mereka akan terima USD200 setiap bulan.
  5. SpeedFX INFINITY ( Upgrade Version FOR Speedline Members Only! )
    Ini adalah khas untuk mereka yang join pada 4 pakej diatas dan ingin tambah pelaburan lagi. (Ia bermakna semakin banyak yang tertipu)

Ia Tidak Logik Akal!

Tiada pelaburan yang boleh menjamin pulangan tetap setiap bulan. Malah ia menjanjikan pulangan 240% dalam masa setahun. Ini lagi tidak logik akal.Pakar pelaburan seperti Warren Buffet pun tidak mampu berikan pulangan setinggi ini. Apa yang berlaku sekarang sama seperti yang berlaku dengan Swishcash suatu masa dahulu. Kini ia berulang lagi. Dari segi hukum Islam, dah pasti pelaburan sebegini adalah diharamkan. Hasil yang diperoleh adalah HARAM.

Syarikat Yang Meragukan!

Menurut laman web mereka, syarikat mereka diasaskan pada tahun 2007. Ya. Pada bulan Mei Tahun 2007. Anda boleh lihat skrin capture dibawah:

Speedline In Scam?

Speedline In Scam?

Apabila saya melihat rekod whois ia baru sahaja didaftarkan pada 17hb Disember 2010. Masih tidak sampai setahun! Ia jelas satu penipuan. Jika mereka diasaskan pada tahun 2007, pastinya laman web mereka juga mestilah didaftarkan pada tahun 2007 juga. Bukannya 3 tahun selepas ia ditubuhkan!

Whois Speedline

Whois Speedline

Saya dapati skim ini hanya berkembang di 2 negara sahaja iaitu Malaysia dan Indonesia! Kata mereka, syarikat mereka beroperasi di UK. Kenapa orang UK tak join? Pastinya ia menyalahi undang-undang disana. Dan mungkin mentaliti orang UK yang tidak akan mempercayai sebarang skim pelaburan internet. Anda boleh menyemaknya di laman web Alexa.com.

Trafik Negara

Trafik Negara

Perkara yang sama terjadi dengan skim Swishcash sebelum ini. Malaysia berada ditangga pertama di dunia sebagai tempat pelaburan internet berkembang dengan pantas.

Trafik Speedline

Trafik Speedline

Jadi skim ini yang mencari mangsa di Malaysia dan juga Indonesia yang mempunyai mentaliti ingin cepat kaya. Saya yakin perkara yang sama seperti Swishcash akan berulang kembali. Ramai yang masih belum belajar daripad apa yang berlaku sebelum ini.

Daripada laman web mereka, mereka baru sahaja dilancarkan pada 1 Jun 2011. Jadi mereka mengambil masa 6 bulan untuk sediakan sistem untuk “ahli pelaburan” mereka.

Speedline start

Speedline start

Jadi mereka mula baru merekrut ahli bermula Jun lepas. Daripada duit yang diperolehi daripada “pelabur” baru, ia akan digunakan untuk membayar “pelabur lama” untuk membuktikan mereka benar-benar membayar ahli mereka. Konsepnya sama seperti skim pelaburan internet lain yang terkenal sebelum ini.

Jika dulu mereka mengatakan duit pelaburan akan digunakan untuk pelaburan off shore. Kali ini mereka mengunakan forex sebagai sumber tarikan. Bagi orang Islam, Forex difatwakan Haram oleh Majlis Fatwa. Jadi segala hasil daripada forex adalah haram untuk digunakan oleh orang Islam.

Apatah lagi digunakan untuk menangung anak isteri daripada hasil yang haram. Jangan rosakkan keturunan anda dengan memberikan mereka hasil rezeki yang haram.

Sila rujuk laman ini tentang pelaburan internet:

1.Penipuan Pelaburan Internet (Komen Azizi Ali)

2. Sebab Kedegilan Pelaburan Internet

3. Fatwa Pengharaman Pelaburan Internet oleh JAKIM

No comments:

Post a Comment